,
Hiburan

“Rasa Diri Ini Sangat Kecil” - Lepas 24 Tahun Baru Aedy Ashraf Dapat Trofi Pertama! Hormati Pekin Sebagai Senior

Mya Amri
12/10/2024
00:55 MYT
Pelakon, Aedy Ashraf tidak tidak menyangka akhirnya berjaya merangkul anugerah Aktor Filem Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-36 (ABPBH36) yang berlangsung pada Jumaat.

Anugerah pertama selepas 24 tahun dalam dunia seni

Menurut Aedy, sepanjang 24 tahun berada dalam industri hiburan, itu merupakan anugerah pertamanya.

“Sebenarnya perasaan saya bercampur baur, saya tak pernah pegang anugerah selama 24 tahun dalam industri dan tiba-tiba dapat Pelakon Filem Popular.

“Saya gembira dan bersyukur kerana ada peminat yang menyokong dan mengundi saya. Barisan artis yang tercalon juga semuanya gempak seperti Pekin dan Bell Ngasri. “Saya anggap ini adalah rezeki dan saya bersyukur sangat-sangat,” katanya.
Aedy berkata demikian ketika ditemui semasa sidang media malam kemuncak ABPBH36 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada Jumaat.

Kagum & hormati Pekin Ibrahim

Dalam pada itu, Aedy juga berkata dia sangat mengangumi aktor Pekin Ibrahim dan berada sangat kerdil apabila dirinya diumumkan sebagai pemenang bagi kategori tersebut.

“Bagi saya Pekin adalah senior saya dan saya sukakan lakonan dia. Saya juga sangat respek dan menghormatinya.

“Tiba-tiba saya bertanding dengan dia dan menang, saya rasa sangat kecil. Rasanya diantara finalis yang lain, saya yang paling kecil, saya hanya mahu ucapkan tahnia pada dia. “Sejujurnya saya tidak pernah meletakkan anugerah sebagai penanda aras sebab saya suka berkerja, suka berlakon dan saya nak berlakon seikhlas yang mungkin.
“Saya mahu berada dalam indistri ini selama mana yang mungkin. Jadi saya anggap penganugerahan ini sebagai sesuatu yang tidak ternilai,” ujarnya.
Selain Aedy, turut tercalon bagi kategori Pelakon Filem Popular adalah Bell Ngasri, Pekin Ibrahim, Kamal Adli dan Syafiq Kyle.
Aedy juga turut tercalon dalam Aktor TV Popular namun tumpas kepada Hun Haqeem.

ARTIKEL BERKAITAN:Aina Abdul Raih Trofi Anugerah Bintang Paling Popular 36, Terima Lebih 8 Juta Undian

ARTIKEL BERKAITAN:Aedy Ashraf Rupanya Orang Kelantan, Tak Sabar Nak Jadi Beja & Kecek Kelate

ARTIKEL BERKAITAN:Kahar Kapla High Council: Lepas 20 Tahun Baru Dapat Watak Anak Kelantan, Aedy Ashraf Tak Sabar Nak Jadi Beja - “Negeri Tempat Saya Dilahirkan”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Suka Karisma Dan Karakter Beliau” - Aedy Ashraf Teringin Berlakon Filem Biopik, Idam Watak Khairy Jamaluddin

ARTIKEL BERKAITAN:“Tiada Istilah Pergaduhan Atau Apa-Apa” - Tidak Lagi Bersama Amelia Henderson, Aedy Ashraf Serah Pada Takdir

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hael Husaini & Nadeera Bakal Terbang Ke Indonesia Harumkan Nama Negara

gempak
22/11/2024
13:53 MYT
Dua bintang popular di bawah naungan label terkemuka, Rocketfuel Entertainment, Hael Husaini dan Nadeera akan terbang ke Jakarta, Indonesia bagi menjayakan acara penuh gemilang 29th Asian Television Award (ATA29).
Filem

Membanggakan! Abang Adik Dinobat Filem Terbaik 10th Asian World Film Festival Di LA

gempak
22/11/2024
11:13 MYT
Filem Abang Adik memenangi Filem Terbaik di 10th Asian World Film Festival 2024 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Hiburan

”Ya Allah Waktu Itu Saya…” - Dayang Nurfaizah Gembira Siti Nurhaliza Terima Anugerah Biduanita Negara

gempak
22/11/2024
02:55 MYT
Penyanyi, Dayang Nurfaizah melahirkan rasa gembira dengan pengiktirafan penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai Biduanita Negara baru-baru ini.
Hiburan

Ernie Zakri Menang Anugerah Pertama Di Indonesia, Lagu Masing Masing Dinobat Soundtrack Sinetron Paling Ngetop - “Rezeki Yang Luar Biasa”

gempak
20/11/2024
21:55 MYT
Penyanyi bervokal mantap, Ernie Zakri terus melakar kejayaan apabila lagu hits nyanyiannya iaitu Masing Masing berjaya merangkul anugerah di Indonesia, pada Rabu.
kaharkaplahighcouncil

Keganasan Bukan Penyelesaian! Kenali Profile & Karakter-Karakter Kahar: Kapla High Council

gempak
20/11/2024
09:55 MYT
Tidak dinafikan gejala buli kerap berlaku dalam kalangan remaja terutamanya yang melibatkan pelajar sekolah termasuk institusi pengajian tinggi.
Unitar