,
Hiburan

Rapsodi Jalanan Jadi Pertaruhan Sulung Pasya

Kamaruddin Razal
26/02/2019
13:28 MYT
Setelah merangkul gelaran naib juara dalam program realiti Mentor 7 yang lalu, Faizul Ashraf Fauzi atau lebih dikenali sebagai Pasya mula merencana kerjaya seninya.
Sebagai langkah pertama dalam mengukir namanya di persada seni, protege kepada Aizat Amdan ini mempertaruhkan Rapsodi Jalanan sebagai single pertama.
Lagu yang membawakan konsep pop rock ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya Ibnu Fred turut mendapat sentuhan penggubah lagu tersohor, Anas Amdan sebagai penerbit rakaman.
Lagu yang mengangkat tema cinta yang tidak disambut menjadi bertambah syahdu apabila Pasya menyampaikannya dengan penuh penghayatan.
Vokal Pasya yang dikatakan mirip dengan penyanyi lagenda Allahyarham Saleem, pastinya mampu membuat pendengar terbuai dengan lunak merdu suaranya dalam setiap tarikan vokalnya.
Single Rapsodi Jalanan merupakan terbitan Monkey Bone dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar. Lagu ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 22 Februari lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.