,
Laman Utama

Rapper Takeoff Mati Ditembak Di Arena Boling

Maliah Surip
02/11/2022
02:25 MYT
Rapper Takeoff dilaporkan mati ditembak di sebuah pusat boling, 810 Billiards and Bowling Alley di Houston, Amerika Syarikat.
Insiden tembakan itu menyebabkan pemilik nama sebenar Kirshnik Khari Bal tersebut meninggal dunia pada usia yang masih terbilang muda iaitu 28 tahun.
Menerusi laporan BBC, Takeoff mati setelah ditembak pada bahagian kepala sewaktu sedang bermain dadu bersama pakcik dan yang juga merupakan salah seorang anggota kumpulan Migos, Quavo.
Pihak berkuasa melalui kenyataan yang dikeluarkan mengatakan terdapat sekitar 40 hingga 50 tetamu berada di tempat kejadian kerana menghadiri sebuah parti sewaktu seseorang melepaskan tembakan.
Selain Takeoff yang tewas dalam kejadian itu, terdapat dua orang lainnya yang mengalami kecederaan akibat insiden tersebut.
Tiada tangkapan dibuat setakat ini dan Datuk Bandar Houston, Sylvester Turner, merayu agar saksi tampil memberi kerjasama.
Takeoff adalah anggota termuda dari Migos yang dibentuk pada tahun 2008 silam.
Kemudian Migos meledak usai merilis single Versace pada tahun 2013. Namun kumpulan yang cukup berpengaruh dalam kalangan generasinya itu bubar pada tahun lalu.
Quavo dan Offset juga baru saja merilis proyek duo Unc & Phew.
Berita kematian Offset membuat banyak karyawan seni Hollywood ikut mengucapkan takziah.
Foto: Pagesix
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.