,
Hiburan

Rapat Dengan Jejaka Asal London, Ini Sebab Thanuja Tak Pilih Lelaki Malaysia - "Mereka Tak Berani"

Umirah Halim
02/06/2024
00:55 MYT
Pelakon dan model Thanuja Ananthan, mendedahkan sebab dia tidak memilih jejaka dari Malaysia untuk dijadikan teman hidup.

Ketinggan Thanuja

Menurut bekas Miss World 2009 itu kebanyakan jejaka Malaysia takut untuk mendekatinya kerana ketinggian yang dimiliki.

“Saya ni sukar untuk dating dengan lelaki dekat sini (Malaysia) sebab mereka tak berani. Saya terlalu tinggi. Sebenarnya saya tak memilih, saya okay sahaja asalkan value dan mentaliti kami sama,” katanya ketika ditemui Gempak.

Sebelum ini, Thanuja membuat pendedahan bahawa dia sedang berkenalan dengan seorang jejaka berasal dari London pada masa ini.
Disoal mengenai kriteria yang membuatkan dia tertarik dengan lelaki itu, Thanuja secara ringkas menjawab dia suka lelaki yang boleh memahami dan menerima dirinya.
Dalam perkembangan lain, Thanuja turut muncul dengan sebuah naskhah baharu berjudul Padu The Movie yang diangkat daripada peristiwa benar pengalaman empat wira utama pasukan Bola Keranjang Negara.
Selain Thanuja sebagai Center Kalai), Padu The Movie turut dibintangi Fify Azmi (Kapten Izzati), Jojo (Naib Kapten Mulan), dan Mei Fan (Jurulatih Yoong).
Filem yang bakal ditayangkan 6 Jun nanti ini turut menggambarkan peristiwa benar ketika perjalanan Pasukan Harimau Malaysia dalam Sukan Sea 2013 di Myanmar, Sukan SEABA 2014 di Semarang, Indonesia, dan Sukan SEA 2015 di Singapura.

Berita Trending: Pempengaruh Popular Didakwa Buat Gangguan Seksual? Caprice…

Berita Trending: Thanuja Sedang Berkenalan Dengan Lelaki Asal London - "Saya Suka Dia Sebab ..."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Rela Dimadu, Pengantin Lelaki Bersama Dua Isteri Sanding Serentak

gempak
18/09/2024
15:55 MYT
Majlis persandingan seorang lelaki bersama dua isterinya secara serentak telah menjadi tular.
Viral

Menangis Terduduk Di Tangga Bas Sekolah, Cik Bibah Panjat Syukur Doa Termakbul - "Mak Dah Tak Kuat..."

gempak
18/09/2024
10:25 MYT
Doa ibu tiada hijabnya, itu yang dapat diringkaskan menerusi kisah yang viral melibatkan 'Abang Bas' dan ibunya yang dapat kembali memeluk anak lelakinya selepas dibebaskan dengan wang jaminan RM40,000.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

Peminat Jadi Tak Keruan Jumpa IShowSpeed, Restoran Uncle Roger Terpaksa Tutup - “Saya Sebenarnya Tak Faham Kenapa…”

gempak
18/09/2024
08:25 MYT
Kehadiran YouTuber terkenal, IShowSpeed di restoran Uncle Roger di Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur sememangnya menarik peminatnya untuk turut menyerbu lokasi tersebut.
Viral

YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Cuba Makan Super Ring & Burger Ramly, Sampai Sanggup Bayar Lebih! - "Oh Tuhanku, Makanan Ini Sangat Enak"

gempak
17/09/2024
21:55 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed tidak terlepas untuk melakukan itu semua.