,
Hiburan

"Rantai Bukan Pakaian Lelaki" - Netizen Tegur Nora Danish Pakaikan Anak Lelaki Rantai Leher

Amri Hassan
24/06/2019
04:07 MYT
Pelakon Nora Danish menerima kecaman daripada netizen selepas memuat naik sekeping foto anak bongsunya, Mohamed Neqayl Nedim baru-baru ini.
Foto yang memaparkan Nora menggayakan seutas rantai berwarna perak pada leher anaknya itu terus menerus mendapat kritikan daripada pengguna media sosial.
Ada yang menyifatkan pemakaian rantai leher pada anak lelaki kurang bersesuaian dan tidak seharusnya digalakkan dalam berpakaian.
"Jangan ajar anak pakai rantai, dia lelaki .. kita bodoh macam mana sekalipun orang lelaki haram pakai perhiasan," tulis salah seorang pengguna.
"The necklace spoiled the cuteness," tambah pengguna lain pula.
"Sorry dear, rantai bukan pakaian lelaki tu untuk perempuan. Its haram," tulis pengguna lain pula.
Namun, di sebalik komen tersebut ada juga segelintir peminat setia pelakon filem Polis Evo mengandaikan tindakan Nora memakaikan rantai untuk anak lelakinya itu sekadar berfesyen.
Bagaimanapun, baik Nora mahu pun suaminya, Nedim Nazri hanya mendiamkan diri daripada mengulas mengenai tindakan terbabit.
Neqayl atau lebih popular disapa Neyney oleh pasangan Nora dan Nedim itu kini berusia setahun empat bulan dan menjadi antara bayi paling popular dalam kalangan netizen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Akui Sukar Istiqamah, Nora Danish Syukur Rakan-Rakan Banyak Bantu Proses Hijrah - “Kena Tanam Sifat Ingin Berubah Walaupun Belum Sampai Masanya”

gempak
04/09/2024
06:55 MYT
Aktres jelita, Nora Danish mengakui proses istiqamah menjadi ujian sebenar pada setiap individu kerana ia berbeza-beza.
Hiburan

Nora Danish Kongsi Zikir Dekatkan Diri Dengan Allah, Harap Dapat Tunaikan Haji Pada Tahun Hadapan

gempak
20/08/2024
06:55 MYT
Tampil dengan penampilan berhijab, pelakon jelita, Nora Danish berkongsi perjalanannya dalam usaha berhijrah ke arah lebih baik.
Viral

Wanita Ditemui Di Hutan & 40 Hari Hidup Tanpa Makanan, Rantai Diri Sendiri Di Pokok

gempak
07/08/2024
13:53 MYT
Sebuah plot twist yang mengejutkan. Itulah yang terjadi kepada berita seorang wanita warga negara Amerika Syarikat yang ditemui dirantai dipokok oleh suami dan ditinggal selama 40 hari tanpa makanan di sebuah hutan di India sebenarnya hanya cerita rekaan.
Drama

Tak Mudah Bertutur Loghat Terengganu, Nora Danish Syukur Diajar Aswad Jalil - “Walaupun Saya Lahir Di Sana Tapi…”

gempak
20/07/2024
03:55 MYT
Pelakon, Nora Danish akui tidak mudah untuk bertutur dalam loghat Terengganu untuk drama terbaharu lakonannya berjudul Perang Nasi Dagang.
Hiburan

Nora Danish Nafi Dakwaan Bekas Suami Halang Berhijab - “Dia Tak Kisah Apa Yang Saya Inginkan, Puji Cantik”

gempak
18/07/2024
04:25 MYT
Pemain Mobile Legend Bang Bang (MLBB) yang mewakili Yoodo Selangor Red Giants (SRG), Sekyss tidak pernah terdetik untuk memikul gelaran sebagai jutawan muda selepas pasukannya menjadi juara dunia bagi kejohanan MLBB MSC 2024.