,
Hiburan

Rani Mukherjee Sambut Deepavali Tanpa Suami?

Ahmad Shah
01/11/2016
06:14 MYT
Pelakon Bollywood Rani Mukherjee 37, meraikan perayaan Deepavali tanpa kehadiran suami tercinta Aditya Chopra, 45, baru-baru ini.
Pada hari penting bagi penganut agama Hindu itu, bintang Kuch-Kuch Hota Hai ini lebih gembira meraikan Deepavali bersama rakan-rakannya iaitu Karan Johar dan Pinkvilla.
Pinkvilla telah memuat naik foto bersama Rani dan Karan di Instagram dan telah menarik perhatian netizen kerana Aditya tidak ada bersama meraikan Deepavali.
Turut menjadi persoalan netizen ialah, mengapa foto yang diambil di rumah Rani tetapi suaminya tidak kelihatan dan mengapa suami Rani sukar untuk bergambar bersama isterinya.
Menurut sumber daripada Times of India, kali terakhir pasangan suami ini mengambil foto bersama pada tahun 2013.
Sehingga kini pihak media masih belum mendapatkan komen daripada mereka malah ada yang membuat andaian kemungkinan Aditya seorang yang pemalu dan lebih selesa duduk di belakang tabir.
Apa-apa pun, karier Rani dalam bidang lakonan masih lagi berkembang dan terbaru bakal muncul dengan filem animasi yang berjudul Koochie Koochie Hota Hai pada tahun hadapan.
Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir
Sumber: Times of India
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Rani Mukherjee Keguguran Anak Kedua!

gempak
11/08/2023
08:55 MYT
Kejadian itu berlaku pada tahun 2020.
Hiburan

Salah Pilih Busana, Penampilan Kajol & Rani Mukherjee Paling Buruk

gempak
11/07/2018
09:54 MYT