Laman Utama
Rancang Umrah Tak Jadi, Tapi Alif Satar Berjodoh Dengan Faizal Tahir Tunai Haji Bersama - “Tak Pernah Bincang Tapi…”
Hasrat penyanyi dan pengacara Alif Satar dan penyanyi Faizal Tahir untuk menunaikan ibadah haji bersama akhirnya tercapai apabila mereka kini sama-sama berada di Tanah Suci.
Pernah merancang untuk lakukan umrah bersama namun tidak menjadi, namun Alif bersyukur akhirnya dia dan rakan baiknya itu dapat bersama-sama di Arafah.
“Moment with my brother, Haji FT. Dari dulu, bersembang fasal nak buat umrah sama-sama tak pernah menjadi. Rupanya, kita cuma merancang tapi Dia lah sebaik-baik perancang.
“Yang kelakarnya… trip ibadah haji ni, tak pernah bincang sama-sama pun and yet here we are on the day of Arafah naturally using the gift and rizq that Allah SWT has given us and use it on His path.
“Making doa, praying and answering the call of Hajj. Since 2006, til now Hajj 2023. Allahuakhbar… will cherish this forever,” kongsi Alif menerusi laman Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Alif juga berkongsi pengalaman menunaikan haji dan keadaan cuaca ketika berada di Arafah.
“Siapa yang ada pengalaman buat haji, memang dah tahu cuaca di Arafah macam mana. Kalau nak tahu macam mana rasa dia, masuk kereta waktu tengah hari, tapi jangan pasang air cond.
“Darab 10 kali… Alhamdulillah Allah mudahkan. Moment talbiah captured by Haji Ironman @boysham,” kata Alif.
Untuk info, selain Alif dan Faizal Tahir, ada beberapa selebriti lain turut menunaikan haji pada waktu yang sama iaitu Zul Ariffin, Datuk Aaron Aziz, Datuk Aliff Syukri dan Lisdawati.
ARTIKEL BERKAITAN: 8 Selebriti Tunai Haji 2023, Antaranya Aaron Aziz, Faizal Tahir, Zul Ariffin
Must-Watch Video