,
Laman Utama

Ramai Rakan Artis Meninggal Disebabkan COVID-19, Nikita Mirzani; "Saya Ada Hobi Baru Iaitu Solat Tahajud"

Gempak
29/07/2021
14:40 MYT
Pandemik COVID-19 mendatangkan banyak perubahan kepada pelakon Indonesia, Nikita Mirzani, salah satunya mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Selepas mendapat perkhabaran ramai rakan-rakan industri pulang menghadap Ilahi disebabkan wabak tersebut, Nikita menjadi takut.
"Saya tak tahu umur sampai bila, saya lihat teman-teman artis ramai yang meninggal secara mendadak.
"Saya takut kerana belum bersedia ke arah itu," katanya seperti yang dipetik dari Tabloid Bintang.
Justeru, ibu kepada tiga orang anak ini sering melakukan solat tahajud sejak kebelakangan ini.
"Saya ada hobi baru sekarang iaitu solat tahajud.
"Pandemik ini membuatkan saya fikir banyak perkara, kita tak boleh jangka bila kita akan mati, bila-bila masa pun boleh," katanya lagi.
Sebelum ini, pelakon dan pengacara terkenal Raffi Ahmad juga pernah memberitahu dia sudah mula menjaga solat selepas ramai orang sekeliling meninggal dunia disebabkan COVID-19.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.