,
Hiburan

Ramai Lancarkan Lagu Raya Berentak Rancak, Ini Pendapat Aina Abdul - “Kita Tengok Pada Market”

Izwan Isa
09/04/2024
03:55 MYT

Penyanyi Aina Abdul mempunyai pendapat tersendiri mengenai pelancaran lagu-lagu raya berentak rancak daripada barisan penyanyi tanah air pada tahun ini.

Berbanding lagu raya bernada syahdu, Aina berkata, lagu-lagu berentak rancak mampu menaikkan mood raya, sementelah kebanyakan daripada kita melalui momen sukar sepanjang hari dalam meneruskan kehidupan.

Happy

“Mungkin rutin seharian kita sudah susah, struggle… dan kita perlu capai standard tertentu untuk meneruskan kehidupan. Jadi, bila tibanya Syawal, kita nak happy happy.

“Okey sahaja sama ada nak release lagu rancak atau sedih. Tetapi lagu rancak dilihat mendominasi mungkin disebabkan kehadiran platform TikTok. Selain itu, kita perlu tengok pada market juga.
“Saya pernah lancarkan lagu raya bergenre sedih, tetapi ketika itu sewaktu negara dilanda COVID-19 dan semua terpaksa berkurung di rumah akibat PKP. Kalau kita lancarkan lagu rancak nanti orang kata tidak sensitif,” katanya kepada Gempak.

Alamak Raya Lagi

Melanjutkan bicara Aina mengakui gembira dengan kejayaan lagu Alamak Raya Lagi yang didendangkan oleh kumpulan De Fam.

“Bagi saya, bulan Ramadan atau Syawal adalah waktu untuk semua penyanyi celebrate sama-sama. Terbaharu, lagu De Fam viral. Saya memang sangat-sangat sayang dengan mereka, especially Ja.
“Mereka memang sokong saya sejak zaman Sumpah lagi. Melihat kejayaan mereka terhadap lagu Alamak Raya Lagi, saya sebagai peminat berasa gembira untuk mereka,” ujar Aina lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: The Gadys Lancar Lagu Raya, Harap 'Cuti Raya' Evergreen!

ARTIKEL BERKAITAN: Gabung Zapin & Salsa, Qalam Band Muncul Dengan Lagu Raikan Raya! - "Kami Beri Sesuatu Istimewa"

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Rupanya Nervous Menyanyi Lagu Siti Nurhaliza - “Kurik Kundi Paling Favourite! Mata Terkunci Dekat Prompter Takut Salah Lirik”

gempak
17/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi, Aina Abdul akui gementar membawakan lagu Kurik Kundi nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Soal Cinta? Aina Abdul Kunci Mulut

gempak
10/09/2024
00:55 MYT
Bagi penyanyi, Aina Abdul belum tiba masa buatnya untuk memikirkan soal cinta sekarang.
Hiburan

Air Mata Aina Abdul Gugur Kerana Konsert Aina Abdul Imaji Tour

gempak
09/09/2024
10:38 MYT
Selepas hampir setahun merancang untuk mengadakan konsert jelajah, akhirnya penyanyi, Aina Abdul mengumumkan bakal hadir dengan Konsert jelajah pertamanya menerusi Konsert Aina Abdul Imaji Tour.
Viral

Kongsi Video Belajar Vokal, Netizen Bandingkan Ratu Farah Dengan Aina Abdul

gempak
29/08/2024
04:17 MYT
Nama Ratu Farah Diva bukanlah gerangan yang asing lagi bagi pengguna TikTok.