,
Laman Utama

"Ramai Jadikan Asnaf Content, Kesian Malu Bila Diviralkan Lepas Dah Dapat Sumbangan" - Ustaz Yaakub Yusra

Amri Hassan
24/11/2021
09:49 MYT
Zaman media sosial, ramai yang berlumba-lumba menghasilkan content hingga sanggup menggadaikan maruah dan harga diri demi mendapat populariti.
Ada juga sebilangan besar pempengaruh yang menjadikan amalan sedekah terutama kepada golongan asnaf sebagai content di media sosial hingga memalukan mereka.
Mengulas mengenai perkara itu, kata pendakwah bebas, Ustaz Yaakub Yusra Mohd Yusof, menjaja maruah asnaf disifatkan tindakan kurang bertanggungjawab.
"Kalau gambar mak, ayah, adik-beradik kita orang publikkan untuk content mereka, ya bagi bantuan tapi point utamanya mengaibkan!
"Saya yakin orang susah pun tak mahu tapi kadang-kadang mereka terpaksa. Mereka juga ada maruah. Memberi tak salah tapi jangan mencalarkan maruah orang lain," katanya dalam video yang tular di media sosial.
Video Pengasas Murtadha Dakwah Centre (MADAD) itu sehingga kini telah ditonton sebanyak 163,000 kali di Facebook dan 132,000 kali di Twitter sejak tular beberapa hari lalu.
Tapi, betul la ckp ustaz ramai skrg sedekah utk content. Dlm x sengaja, boleh memalukan penerima tu. Hmm. pic.twitter.com/a4hs01rzpp— perols. (@Afirhuls) November 21, 2021 Menerusi video berdurasi 2 minit 24 saat itu, Ustaz Yaakub menunjukkan cara-cara menggunakan mesin ATM beras, Rice for Asnaf yang dicipta oleh MADAD khusus untuk golongan berkenaan, sebelum disapa pertanyaan oleh seorang wanita yang mengajukan soalan apabila golongan asnaf dipergunakan sebagai content.
Dalam video sama, Ustaz Yaakub turut berkongsi manfaat mesin ATM Beras yang diusahakan oleh MADAD untuk memudahkan pihaknya menghulurkan sumbangan kepada asnaf.
Namun, ada juga yang memandang serong usaha yang dilakukan oleh MADAD. Mengulas mengenai perkara itu, kata Ustaz Yaakub, pihaknya menerima pandangan secara berlapang dada.
"Bukan view yang dicari tapi manfaat daripada perkongsian untuk ummah. Normallah, ada yang sambut baik tak kurang juga yang mempertikaikan.
"Yang kritik tak setuju tak apa, yang penting MADAD buat mesin ini untuk mudahkan golongan asnaf terima bantuan dan manfaat.
"Mesin ATM Beras yang MADAD buat ni salah satu cara untuk tutup rasa malu dan segan asnaf minta bantuan. Hanya apply kad dan lepas tu mai berusan dengan mesin ja. Tak jumpa dah orang.
"Yang susah ambil beras, yang senang sumbang beras. Kan best ada ekosistem macam tu," jelasnya.
Beberapa lokasi di sekitar Kedah telah dikenalpasti oleh MADAD untuk meletakkan mesin ATM beras antaranya di ADZ Edar, Surau Taman Malinja, PKWR Kuala Ketil, Masjid Tmn Keladi, KRT Taman Sinar Mentari, PKWR Merbok dan Masjid Muzaffar Shah.
100 asnaf yang berminat boleh mendaftar sebagai pemegang Kad ATM Beras menerusi MADAD.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.