,
Laman Utama

Ramai Dah Risau, Jalan Utama Ditutup Sebulan Punca Aliran Trafik Gua Musang Mulai Sesak

Gempak
04/04/2023
11:50 MYT
Hari pertama penutupan jalan utama Gua Musang-Kuala Lipis, menyebabkan aliran trafik sesak selain turut menyebabkan sebahagian pelajar Sekolah Maahad Muhammadi, lewat hadir ke sekolah.
Jalan itu ditutup bagi memberi laluan kerja-kerja pemasangan cerucuk jambatan bagi Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) 3B dan 3C yang sedang dijalankan.
Pengetua Sekolah Maahad Muhammadi Gua Musang Mohd Zaki Mat Zin, 52, berkata susulan itu ibu bapa dinasihatkan supaya keluar rumah lebih awal esok untuk mengelakkan pelajar yang terlibat keciciran dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).
"Seramai 136 pelajar dari Taman Wangi, Kesedar Jaya, Kesedar Putra, Kawasan Perindustrian Chin Teck, Tanah Putih, Taman Saujana Harmoni dan Pulai terkesan dengan kesesakan trafik pagi tadi," katanya kepada pemberita hari ini.
Tinjauan Bernama mendapati penutupan terbabit turut menjadi punca aliran trafik mengalami kesesakan yang luar biasa sepanjang lebih 15 kilometer (km) bermula dari depan Petronas Persiaran Raya Gua Musang hingga bulatan Tanah Putih, pagi tadi.
Bagi pengguna jalan raya Nik Syazwani Nik Ilias, 34, berkata dia hanya mengetahui tentang penutupan laluan berkenaan ketika melaluinya pagi ini malah tidak mendapat notis terbaharu tentang penutupan itu.
"Memang betul sebelum ini kita diberitahu jalan ini akan ditutup untuk kerja-kerja pembinaan lebuh raya mengikut notis JKR bermula 29 Mac lepas, tetapi oleh kerana sehingga semalam (Isnin) jalan masih boleh dilalui seperti biasa saya ingatkan penutupan ditunda dan sangat tidak menyangkakan ia telah ditutup pada waktu malam tadi," katanya.
Sementara itu, Jurutera Awam Penguasa Kanan Unit Projek Khas ECER 1 Cawangan Jalan Ir Mohd Hamizi Abdullah dalam kenyataan berkata penutupan jalan dilakukan kerana kenderaan perlu dilencongkan daripada memasuki kawasan pembinaan yang akan menyebabkan kesesakan teruk akibat daripada "bottle neck" di tempat pembinaan selepas lampu isyarat Taman Wangi.
"Jabatan Kerja Raya LTU sudah membuat persediaan sebelum jalan ditutup dengan menaik taraf jalan alternatif iaitu Jalan Simpang Pulau ke Simpang Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang dengan mengambil kira kemasukan kenderaan melalui daerah ini menjelang hari raya nanti," ujarnya
Jabatan Kerja Raya (JKR) Jajahan Gua Musang dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan laluan di FT2747 Kilometer (KM) 3.9 (Simpang Hospital) hingga KM2.4 (Jambatan Taman Damar) dan FT2745 KM0.8 (Bawah Flyover Taman Damar) akan ditutup kepada semua lalu lintas di kedua-dua arah hingga 29 April ini dari pukul 8 pagi hingga 7 malam.
Sumber: AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Drama

Tak Mudah Bertutur Loghat Terengganu, Nora Danish Syukur Diajar Aswad Jalil - “Walaupun Saya Lahir Di Sana Tapi…”

gempak
20/07/2024
03:55 MYT
Pelakon, Nora Danish akui tidak mudah untuk bertutur dalam loghat Terengganu untuk drama terbaharu lakonannya berjudul Perang Nasi Dagang.
Berita

Hasrat Balik Raya Tak Kesampaian, Lelaki Maut Dirempuh Ketika Rehat Tepi Jalan

gempak
16/06/2024
09:57 MYT
Seorang lelaki tidak sempat pulang ke kampung halamannya di Kampung Bertam, Gua Musang untuk menyambut Hari Raya Aidiladha apabila maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah lori dengan motosikal di Kilometer (km) 25, Jalan Lipis- Benta pada Ahad.
Terkini

Rancang Perjalanan Anda, Ini Senarai Laluan Yang Bakal Ditutup Esok Sempena Istiada Keberangkatan Balik YDPA

gempak
29/01/2024
04:55 MYT
Tujuh laluan di sekitar ibu negara akan terlibat dengan penutupan penuh manakala 13 laluan akan ditutup secara berperingkat pada Selasa ini sempena Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Viral

Banjir Pantai Timur: Masih Lone Ranger, Abang Viva Guna 98 % Kos Sendiri Beri Bantuan

gempak
29/12/2023
03:55 MYT
Abang Viva turun ke Pantai Timur.
Laman Utama

KL Dijangka Sesak, Ini Senarai Jalan Yang Bakal Ditutup Hujung Minggu Ini

gempak
28/09/2023
05:50 MYT
Rancang perjalanan anda