,
Laman Utama

Ramai Berpiknik Sakan Di Air Terjun Tak Jaga SOP, Fynn Jamal: "Baliklah, Kalau Nak Juga Buat Tempat Private, Bayar Sikit"

Amri Hassan
13/09/2021
07:22 MYT
Bekas penyanyi, Fynn Jamal menyelar tindakan sesetengah pihak yang mementingkan diri dengan bersesak-sesak untuk berlibur di kawasan air terjun pada hujung minggu lalu.
Risau dengan pematuhan SOP dan tiada penjarakan sosial, kata Fynn, perkara sedemikian harus dipertimbangkan secara common sense individu.
"Aku malas nak cakap pasal SOP, malas nak cakap benda-benda yang boleh difikir secara common sense.
"Nak beraktiviti apa pun guna common sense. Kalau memang tak logik nak dapatkan penjarakan dan proper SOP, baliklah.
"Aku tahu this would sound agak kejam, tapi kalau betul nak beraktiviti, buat kat tempat private. Bayar mahal sikit, tapi baik mahal sekarang dari dibayar dengan nyawa.
"Kalau rasa belum mampu, takpe. Sabar dulu ye. Nampak tak adil. Yang ada duit lebih boleh beraktiviti, yang tidak terpaksa bosan di rumah. Aku tau, aku faham, tapi memang takde jawapan lain.
"Bahaya. Sungguh-sungguh bahaya. Tak berbaloi ni semua," tegurnya.
Tambah Fynn, biarpun kebanyakannya sudah menerima dos lengkap vaksin, hal itu tidak memberikan tiket untuk menyatakan diri sudah kebal.
Malah, dia dan keluarganya sendiri sanggup berulang-alik mencari kawasan pantai yang tidak ramai orang untuk mengambil angin bersama anak-anaknya.
"Just nak mention kadar kematian kanak-kanak berganda tahun ini, jangkitan pada kanak-kanak apatah lagi.
"Aku juga bawa anak-anak aku keluar, tapi lokasi yang kami pergi benar-benar kita pastikan berjarak, berSOP, bersanitasi.
"We dont even bring them to malls walau Nilai dah lama fasa 3. Masa kami ke hotel, aku kat kaunter, suami stand by dengan anak-anak dan terus ke bilik, tiada berlegar-legar sini sana.
"Sama juga ketika kami picnic tepi pantai. We went to 4 beaches patah balik ulang-alik sampai dapat tempat yang takde orang.
"Kami dah cakap siap-siap, takde tempat straight home.
"Yes. Aku tahu budak-budak stress. Aku faham. anak aku OKU yang kau explain cane pun dia nak apa dia nak. Ye, aku mengerti darab sejuta," tambah Fynn.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memutuskan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara bermula Jumaat lepas.
Beliau berkata, antara kelonggaran yang diberikan ialah individu yang telah lengkap menerima suntikan dos vaksin dibenarkan merentas daerah selain suami isteri jarak jauh turut dibenarkan merentas negeri.
Makan di premis (dine-in), aktiviti pelancongan dalam negeri sama melibatkan penginapan di hotel dan homestay juga dibenarkan untuk individu yang sudah lengkap dos vaksin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar