,
Laman Utama

Ramai 'Awekz' Insecure, Bitter! Dr. Erin Harap Bakal Suami Boleh Bimbing, Jadi Asbab Tutup Aurat - "Allah Je Tahu Berapa Juta Gelen Air Mata Melimpah..."

Amri Hassan
07/10/2022
02:55 MYT
Usahawan dan perawat perubatan holistik, Dr. Erin menghargai doa pengikutnya agar kembali menutup aurat sepertimana mula dikenali ramai sebelum ini.
Kongsi Dr. Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd Radzi, dia juga tidak putus berdoa dan solat taubat agar tidak tumpas dalam 'jihad' menutup aurat.
"Bagi yang mendoakan saya tutup aurat, doa baik-baik itu terima kasih sangat. Bukan saya tak hargai doa-doa kalian semua tapi itulah, hanya Allah je tahu berapa juta gelen air mata ini melimpah berdoa agar diberikan istiqamah bab tudung ni.
"Berapa banyak sujud taubat saya dah buat tapi saya tetap tak dapat nak istiqamah juga. Tapi saya tak pernahlah menyerah dalam jihad ini. Saya akan cari jalan juga nak pastikan saya boleh berjaya bab aurat ni.
"Jika mana-mana yang rasa penat doakan tu, tak mengapa sebab nak doakan orang secara ikhlas memang payah pun. Nak tegur orang memang mudah tapi orang yang ditegur tu nak ubah bukan senang," tulisnya dalam hantaran di Instagram.
Tambah Dr Erin lagi, dia turut mengharapkan bimbingan daripada bakal suaminya kelak. Pada masa sama menegaskan dia tidak menggunakan sebarang 'filter' di telefon pintar sebelum berkongsi foto-fotonya di media sosial.
"Tengoklah kalau-kalau suami akan datang boleh tolong bimbing dan jadi asbab saya tutup aurat. Biarlah orang nak kata hipokrit pada saya tak salah, saya jadi hipokrit pada orang yang jenis nak menilai orang ni.
"Asal saya tak hipokrit pada orang dunia sebenar saya. Ramai awekz (wanita muda) bitter, insecure dengan saya rupa-rupanya. Janganlah bitter, achik dah tua, bagilah achik happy dengan life achik sat aih. Hampa ni pun.
"Achik tak pakai filter pun cuma camera telefon ni ja camera dia ada pemanis sikit," tambahnya.
Dalam hantaran sama, Dr. Erin turut berkongsi keadaan wajahnya yang dikatakan tidak menggunakan sebarang filter dengan menampakkan tanda lahir pada bahagian kiri pipinya.
Dr. Erin juga memuatkan tangkap layar kiriman mesej yang dihantar kepadanya, memohon agar dirinya kembali berhijab.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jefri Nichol Mengaku Tiduri 20 Wanita, Netizen: “Itu Prestasi? Subhanallah…”

gempak
08/11/2024
21:55 MYT
Pengakuan Jefri Nichol mengenai dirinya pernah tidur dengan wanita-wanita yang menjadi kekasihnya menerima kecaman dalam kalangan netizen.
Viral

Tidak Pernah Berlaku, Salji Turun Di Wilayah Al-Jawt Arab Saudi

gempak
08/11/2024
20:45 MYT
Arab Saudi dikenali sebagai negara dengan iklim gurun panas atau gersang.
Hiburan

"Faham Semua Orang Tengah Marah Sangat" - Watak Penyondol Menjadi, Mimi Lana Mohon Jangan Doa Buruk

gempak
08/11/2024
16:55 MYT
Pelakon tinggi lampai, Mimi Lana memohon orang ramai agar tidak mendoakan keburukan ke atas dirinya hanya disebabkan geram dengan watak penyondol bernama Intan dalam drama popular Andai Tiada Dia.
Hollywood

Heidi Klum Suka Berpakaian Seksi, Bangga Tayang Badan : “Saya Hanya Mahu Bergembira”

gempak
08/11/2024
14:55 MYT
Bintang Hollywood Heidi Klum sudah berusia 51 tahun dan dia mengaku masih gemar berpakaian seksi serta mempamerkan bentuk tubuhnya.
Hiburan

Selesa Dengan Gaya Tudung 'Awning' Tinggi, Hetty Koes Endang Rimas Fesyen Tudung Berlilit-Lilit

gempak
08/11/2024
08:55 MYT
Sebut sahaja bunda Hetty Koes Endang pastinya kita membayangkan fesyen tudung ikoniknya dengan 'awning' tinggi di depan.
Unitar