HIBURAN
“Ramadan Ini Terfikir-Fikir Juga Apa Nedim Makan Tapi…” - Nora Danish
Kembali bersendirian menyambut Ramadan, pelakon Nora Danish tidak menolak terbitnya perasaan sedih, namun tetap bersyukur keluarga sentiasa menemaninya.
Syukur keluarga teman
Nora atau nama sebenar, Nora Mohd Danish Hanif, berkata dia dan bekas suami, Nedim Nazri selalu bertemu, justeru rasa kehilangan tidak terlalu dirasai.
"Saya dan bekas suami masih rapat, jadi kami selalu berjumpa. Namun, Ramadan ini terfikir-fikir juga apa Nedim makan, tapi sekadar itu sahajalah sebab kami biasa bersama.
"Saya tinggal berdekatan dengan ibu, jadi tidak rasa kehilangan," katanya kepada Gempak.
Majlis ilmu
Kerap dilihat menghadiri majlis ilmu bersama Nedim, pelakon berusia 42 tahun itu berkata, dia selesa dan tidak melihat di mana salahnya jika mahu membuat kebaikan.
"Kalau hendak buat benda baik, kita harus jemput mereka yang mahu bersama. Bagi saya, Nedim adalah bapa kepada anak saya. Jadi, apabila hendak buat kebaikan, apa salahnya bersama.
"Saya pun teringin hendak buat majlis tadabbur di rumah sendiri," katanya.
Tadarus
Sempena bulan puasan ini, Nora meluangkan masa untuk bertadarus selama 15 hari.
"Saya mahu khatam al-Quran, Insya-Allah. Selain itu, saya akan luangkan masa bersama keluarga. Saya kurangkan aktiviti sebab hendak menyambut Ramadan lebih daripada Aidilfitri," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pakaian Seksi Dah Bagi Rakan ‘Non-Muslim’, Nora Danish Masih Ada 26,000 Foto Perlu Dipadam Di IG - “Bila Tengok Gambar Lama…”
ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish Titip Pesanan Untuk Kaum Wanita Gemar ‘Membawang’ - “Amalkan Sedekah & Sentiasa Bertaubat”
ARTIKEL BERKAITAN: Nora Danish Bimbang Digelar Ustazah - "Adakalanya Kesilapan Kecil Saya Lakukan, Mereka Anggap Saya Mulia"
Must-Watch Video