,
Laman Utama

Raline Shah Dikritik Kerana Kenyataan ‘Atas Pagar’ Terhadap Kemelut Di Gaza

Izwan Isa
22/10/2023
04:50 MYT
Pelakon Indonesia, Raline Shah akhirnya membuka mulut mengenai konflik yang tercetus di Gaza dan Palestin ketika ini.
Raline menerusi muat naik di Instagram menyorot aksi pihak berkuasa yang menyebarkan propaganda perang sehingga menyebabkan penderitaan kepada orang awam.
Bintang film 99 Cahaya di Langit Eropa ini juga menyatakan keprihatinan terhadap nasib anak-anak, keluarga dan warga yang nasibnya tidak seberuntung orang-orang di behagian dunia lain.
Selain itu, dia turut menggesa rundingan segera dilakukan agar kesaksamaan dan keamanan dapat dicapai.
"Tindakan kita terbatas, namun hati dan doa kita mampu membalas dan mendukung melebihi batas apa pun yang dapat dibayangkan oleh fikiran. Doa saya kepada semua orang untuk terus sedar.
"Berpihak kepada anak-anak yang tidak berdosa, keluarga, sesama manusia, tidak kira di pihak mana mereka berada. Mereka tidak mempunyai pilihan di mana mereka dilahirkan atau di pihak mana mereka ditakdirkan."
"Orang Islam, Yahudi dan Kristian semuanya bersaudara. Kejahatan terletak pada kerajaan yang menyebarkan peperangan, ketamakan dan penyeludupan senjata."
"Berhenti mengikuti propaganda yang menggalakkan kebebasan, keamanan dan keselamatan untuk orang awam. Berdoa untuk rundingan yang meletakkan semua manusia sama dan meletakkan kehidupan manusia sebagai keutamaan.
"Kebencian melahirkan kebencian. Jangan biarkan kegelapan mengambil alih. Kita semua mengalirkan darah yang sama," akhirinya.
Sungguhpun begitu, hantaran Raline itu menerima respons negatif dalam kalangan netizen.
Ada yang menasihatinya supaya tidak menjadi neutral dan lebih baik diam, dan ada juga yang berpendapat supaya lebih berhati-hati dalam memberikan pendapat, terutama apabila dia merupakan rakyata Indonesia yang beragama Islam.
Sumber: Instagram
BACA: Meerqeen Kena Kecam Sebab Tak Tulis Perkataan Palestin - “Sama Je Kau Dengan…”​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”

gempak
11/09/2024
14:50 MYT
Aktres Indonesia, Raline Shah terkenal bukan hanya kerana bakat lakonan tetapi kejelitaannya.
Laman Utama

Difitnah Netizen Dirinya Pro Isr**l, Raline Shah: “Kita Harus Realistik, Doa Pada Allah”

gempak
02/11/2023
12:46 MYT
Raline Shah akhirnya ‘angkat bicara’.
Laman Utama

Lahir Dari Keluarga ‘Kayangan’, Raline Shah Tak Pernah Terima Sokongan Termasuk Duit

gempak
03/06/2023
07:54 MYT
Ramai salah sangka sebenarnya.
Laman Utama

Bukan Kaleng Kaleng, Raline Shah Mengaku Bawa Pesawat Jadi Hobi Baru

gempak
30/01/2023
14:35 MYT
Raline Shah memang dikenali sebagai seorang selebriti kaya tetapi merendah diri.
Laman Utama

Wow! Artis-Artis Antarabangsa Ini Rupanya Pernah Mendapatkan Pendidikan Di Malaysia! No. 3 Paling Tak Sangka

gempak
29/04/2022
12:50 MYT
Memang tak sangka!