,
Berita

Rakyat Malaysia Ditahan, Kerja 'Rider' Haram Di Korea Selatan

Gempak
10/10/2024
16:00 MYT
Seramai lapan warga negara Malaysia ditahan kerana bekerja secara haram dalam perkhidmatan penghantaran makanan atau barangan di Korea Selatan ketika negara itu berdepan kekurangan pekerja dalam sektor tersebut.

Corak permintaan pekerja penghantaran

Data ini diumumkan Kementerian Kehakiman yang diberi kepada The Korea Times yang menunjukkan seramai 117 warga asing telah ditahan bekerja secara haram dalam sektor perkhidmatan penghantaran dan pembungkusan setakat Ogos tahun ini.
Katanya, ia mewakili peningkatan 51.3 peratus berbanding tahun lepas.
Tahun lepas, warga Vietnam menyumbang kepada 80.3 peratus daripada 117 kes terbanyak dengan berjumlah 94 orang berbanding warga Uzbekistan meningkat dari lapan tahun lalu kepada 53 kes tahun ini.

Selain itu, pekerja haram dari Malaysia dan Pakistan dikenal pasti buat kali pertama dengan masing-masing seramai lapan dan lima orang.

Kementerian itu mengaitkan corak permintaan pekerja penghantaran manakala warga Korea tidak cenderung bekerja dalam sektor ini kerana gaji rendah dan beban kerja tinggi serta risiko lain yang berkaitan.
Di bawah undang-undang semasa, hanya warga asing yang memegang visa F-2, F-5 atau F-6 dibenarkan bekerja dalam sektor perkhidmatan penghantaran.
Walau bagaimanapun, ramai warga asing, terutamanya pelajar antarabangsa bekerja dalam perkhidmatan penghantaran bagi menambah pendapatan.
Warganegara asing tanpa status kerja yang sesuai boleh dihantar pulang ke negara masing-masing, penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga 30 juta won (RM95,000) di bawah Undang-undang Kawalan Imigresen.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Puteri Kecil Kami Lahir Dengan Sihat” - Song Joong Ki Syukur, Isteri Selamat Bersalin Anak Kedua

gempak
21/11/2024
08:20 MYT
Pelakon terkenal Korea, Song Joong Ki meluahkan rasa gembira selepas isterinya, Katy Louise Saunders selamat melahirkan cahaya mata kedua.
Hiburan

Servis Pelancongan Didakwa Teruk, Kim Seri Mohon Maaf, Janji Perbaiki Kualiti - “Setelah Jadi Ibu Tunggal, Saya Agak Burn Out…”

gempak
21/11/2024
05:55 MYT
Nama personaliti media sosial dan juga usahawan yang dikenali sebagai Kim Seri kembali tular menjadi perhatian netizen.
Hiburan

Song Jae Rim Meninggal Dunia Di Usia 39 Tahun

gempak
12/11/2024
10:34 MYT
Pelakon Korea, Song Jae Rim dilaporkan meninggal dunia pada Selasa.
Hiburan

Temui Bintang Korea Yeo Jin Goo, Amir Ahnaf, Mierul Aiman & Aedy Ashraf Di Sunway Pyramid 23 November Ini!

gempak
12/11/2024
02:01 MYT
KC Global Media berkolaborasi dengan Astro menganjurkan One Astro Fan Fest dengan menampilkan bintang terkenal Korea Selatan, Yeo Jin Goo.
gegar-vaganza-11

GV11: Zehra Zambri Tak Menyesal Berhenti Kerja - "Ini Juga Minat Saya Dari Dulu, Cuma ..."

gempak
11/11/2024
12:55 MYT
Bintang Gegar Vaganza musim 11 (GV11) Zehra Zambri akui pada awalnya sukar membuat keputusan untuk berhenti kerja untuk menyertai GV11.
Unitar