gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Kubur Nurly Shahirah Dipasang Tali Penghadang Elak Perbuatan Khurafat
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Perlu Ada Identiti Sendiri, Ajai Minta Peserta Lihat Hael Husaini,Aina Abdul & Shila Amzah Sebagai Contoh
HIBURAN
Fattah Amin Buat Kejutan Di Konsert Jiwa Kacau 2025, Umum Sudah ‘Engaged’ Dengan…
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Raju & Suparjo Versi Realiti Jumpa Balik Selepas 40 Tahun, Netizen Gamit Kenangan Iklan Raya Ikan Di Laut Asam Di Darat

Amri Hassan
Amri Hassan
15/03/2025
14:25 MYT
Sponsor Banner
Raju & Suparjo Versi Realiti Jumpa Balik Selepas 40 Tahun, Netizen Gamit Kenangan Iklan Raya Ikan Di Laut Asam Di Darat
Setiap kali menjelang Aidilfitri, selain lagu-lagu raya, iklan perayaan sering dinantikan kerana mesej mendalam yang disampaikan.
Ada yang mencuit hati, ada juga yang menyentuh perasaan sehingga membuatkan penonton sebak.
Antara iklan yang masih diingati hingga kini ialah ‘Ikan Di Laut Asam Di Darat’, yang ditayangkan oleh TV3 pada tahun 2005.
Menggabungkan perayaan Aidilfitri dan Deepavali, iklan ini sebenarnya diadaptasi daripada kisah benar, menjadikannya salah satu iklan raya paling ikonik dan beremosi.
Iklan ini mengisahkan dua sahabat, Raju dan Suparjo, yang berkawan sejak kecil tetapi terpisah kerana haluan hidup berbeza.
Tanpa disangka, mereka akhirnya bertemu semula ketika sudah dewasa—bukan sebagai orang asing, tetapi sebagai jiran sebelah menyebelah.
Baru-baru ini, kisah di sebalik iklan ini kembali menjadi perbualan apabila seorang wanita berkongsi pertemuan ‘Raju’ dan ‘Suparjo’ versi realiti di bazar Ramadan.
Dua sahabat ini, dikenali sebagai Uncle Raju dan Pakcik Salleh, benar-benar terpisah selama 40 tahun sebelum dipertemukan semula.
"Bila pelakon sebenar bertemu semula. Perancangan Allah hebat. Setelah 40 tahun terpisah disebabkan tuntutan mencari rezeki.
"Pakat bercerita ramai kawan sebaya dah pergi selamanya," tulis Cik Ferry dalam perkongsiannya.
@ferry.faridah.sal Ramadhan yg penuh bermakna. Pertemuan yg tidak disangka di bazar. #Ramadhan2025 #sahabatsejati #serumpun #melayucinaindia ♬ original sound - OhMeowKu - Menteri Kucing
Topic Berkaitan
#Viral
#Iklan
#Raya
#Ikan Di Laut Asam Di Darat
#Raju
#Suparjo
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement