,
Gaya Hidup

Raja Permasuri Agong Masak Lauk Ketam Untuk Pekerja Istana Buat Netizen Mahu Kerja Di Sana!

Azwa Rahman
16/08/2019
08:36 MYT
Raja Permasuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli memasak santapan enak untuk dinikmati pekerja istana.
Menerusi laman sosial Twitter, Raja Permasuri Agong berkongsi dua menu enak yang dimasaknya sendiri iaitu ketam dan sotong hitam masak lemak daun munggai.
“Masak lemak ketam daun munggai.... masak untuk staff istana,” tulis Raja Permasuri Agong sebagai kapsyen.
Foto hidangan ketam dan sotong yang sedang digaul di dalam periuk itu tersebut cukup membangkitkan selera rakyat jelata.
Di samping memuat naik gambar menu yang menyelerakan, Raja Permasuri Agong sempat berseloroh menerusi satu tweet terbarunya. “Sotong hitam dan masak lemak ketam (not ketum) daun munggai (bukan daun ketum) untuk pekerja Istana dan BG.... Picnic di Pantai Balok,” ujar Raja Permasuri Agong lagi.
Rata-rata netizen berasa cemburu apabila pekerja istana dapat merasa air tangan Raja Permasuri Agong.
Ramai juga yang turut memuji hobi Raja Permasuri Agong yang gemar memasak.
“Ampun Tuanku, saya nak kerja kat istana lah camni,” usik seorang netizen.
“Terbaik Tuanku Permaisuri rajin masak memasak Alhamdullilah,” puji seorang netizen.
“Tuanku sememangnya pemurah hati, pekerja istana semua dapat makan percuma tak kira bangsa. Dapat info dari pekerja istana sendiri,” ujar seorang netizen lagi.
Malah, ada netizen yang memberikan cadangan supaya Raja Permasuri Agong membuka saluran YouTube masakan tersendiri supaya rakyat boleh mempelajari resipi-resipi enak air tangan baginda.
Sikap Raja Permasuri Agong yang mesra dan merendah diri menjadikan diri baginda cukup disenangi dan disayangi rakyat jelata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Tiada Siapa Mengatasi Undang-Undang Termasuk Kerabat” - Tengku Hasannal

gempak
06/09/2024
00:23 MYT
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar tindakan tegas dan penyiasatan yang adil dijalankan susulan dakwaan seorang lelaki dipukul sekumpulan lelaki termasuk seorang anak VVIP.
Berita

Istiadat Persandingan Tengku Puteri Afzan, FD Idzham Berlangsung Penuh Tradisi

gempak
26/08/2024
00:55 MYT
Istiadat persandingan anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar berlangsung dengan penuh tradisi di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan pada Ahad malam.
Hiburan

Jeslina Hashim Kini Isteri Kepada Tunku Eddy Nasruan

gempak
10/08/2024
14:47 MYT
Penyanyi dan pelakon Jeslina Hashim selamat bergelar isteri kepada kerabat Diraja Negeri Sembilan iaitu Tunku Eddy Nasruan.
Berita

#AgongKita: Seorang Penulis & Bergiat Aktif Dalam Kebajikan… Ini Biodata Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah

gempak
20/07/2024
08:25 MYT
Berikut ialah biodata rasmi Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, berdasarkan maklumat yang dikeluarkan oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office).
Berita

Pengasas KK Mart Mohon Ampun Kepada Agong & Umat Islam

gempak
03/04/2024
07:30 MYT
Pengasas KK Mart Mohon Ampun Kepada Agong & Umat Islam