gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Faradhiya Pernah Jadi Mangsa Buli Di Sekolah - “Saya Pernah Dibaling..."
HIBURAN
“Selagi Siti Nurhaliza Tidak Mengeluh Penat, Kita Di Bawah Jangan Kata Penat” - Hael Husaini
VIRAL
Tular Beri Nasi ‘Tulang Ayam’ Pada Gelandangan, Tiga Remaja Dakwa Hanya Lakukan Eksperimen Sosial - “Kami Mohon Maaf…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

RAISE THE STAR MY

Raise The Star Malaysia: Terjatuh Ketika Persembahan, Keka Bersyukur Mampu Kawal Keadaan - “Kasut Tumit Tinggi Bukanlah Pilihan…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
05/08/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
Raise The Star Malaysia: Terjatuh Ketika Persembahan, Keka Bersyukur Mampu Kawal Keadaan - “Kasut Tumit Tinggi Bukanlah Pilihan…”
Bintang Raise The Star Malaysia (RTSMY), Keka akui insiden terjatuh daripada tangga semasa menyampaikan lagu mash-up Training Season dan Don’t Stop The Music nyanyian asal Rihanna sebagai satu momen tak dijangka.
Namun begitu, Keka bersyukur kerana mampu mengawal keadaan dengan baik dan meneruskan persembahan secara profesional.
“​​Tadi itu merupakan sangatlah satu insiden yang tak dijangka, tak diduga tapi saya sangat-sangat bersyukur sebab orang kata semangat, pengalaman, kematangan itu membawa saya untuk kekal tenang bila benda itu terjadi tadi,” katanya kepada Gempak.
Mengulas lanjut mengenai insiden tersebut, Keka akui kasut tumit tinggi bukanlah kasut pilihannya setiap kali tampil membuat persembahan.
Namun dia tetap berlatih memakainya bagi membiasakan diri sebelum persembahan sebenar berlangsung.
“Okay, sebenarnya apa yang terjadi ialah kasut saya memang tinggi dan bukanlah orang kata kasut yang menjadi pilihan nombor satu untuk saya buat persembahan di atas pentas tapi saya dah training sepanjang Jumaat, Sabtu untuk perform pakai kasut ini dan sebenarnya ada masalah teknikal juga tadi,” ujarnya.
Dalam pada itu, Keka juga berkongsi tidak mengalami kecederaan yang serius bagaimanapun ada rasa sakit pada bahagian lututnya.
“Pergerakkan itu agak perlahan tak seperti yang dirancang, sepatutnya dancer naik dan tolong saya untuk turun cuma dia terskip bahagian itu jadi dia dah proceed dengan next movement dia.
“Saya cuba improvise jelah on the spot, saya cuba turun sendiri dan ingat anak tangga tu dah habis tapi tahu-tahu dah jatuh. Saya so far tak ada yang serious cuma biasa lah bila kita jatuh tu ada rasa berdenyut sikit dekat bahagian lututlah
“Apa yang saya boleh katakan, saya hanya mencuba sedaya upaya untuk tidak keluar daripada karakter yang saya sepatutnya bawa untuk lagu tu dan alhamdulillah ia menjadi sebab of course as a human being bila kita nampak reaction orang sekeliling terkejut, mesti kita sebagai manusia pun akan terkejut tapi dengan usaha untuk tidak keluar daripada karakter tu yang membantu juga untuk saya keep on going dengan ekspresi sebegitu dan sebagainya,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Raise The Star Malaysia
#Keka
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement