Laman Utama
Raikan Birthday, Andi Bernadee Kena Kecam Main Tepung - “Sejenis Tak Bersyukur Dengan Makanan”
Penyanyi Andi Bernadee telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29 malam tadi.
Andi diraikan dengan cara paling nakal iaitu satu plastik tepung dituang ke atas kepala dan badannya dengan tiba-tiba menyebabkan dia tidak dapat mengelak.
Sambutan secara suka-suka itu dilakukan oleh rakan-rakannya yang kemudiannya ketawa melihat gelagat Andi terkejut.
Bagaimanapun lain pula jadinya apabila ada beberapa pengikut tidak bersetuju dengan situasi berkenaan.
Mereka mendakwa Andi dan rakan-rakan tidak peka dengan keadaan ekonomi yang kurang baik sehingga sanggup membazir dan dikatakan tidak bersyukur dengan makanan.
Sekadar info, acara membaling atau menuang tepung ini merupakan antara cara paling popular dalam kalangan remaja untuk membuat kejutan sebagai tanda menyambut hari jadi satu ketika dahulu.
Must-Watch Video