,
Laman Utama

Ragam Pelajar & Guru Sekolah Diangkat Sebagai Subjek Utama Dalam Budak Hostel Otaknya Sewel

Izwan Isa
14/07/2023
12:50 MYT
Seorang pelajar nakal bersama tiga sahabat baiknya cuba untuk mencuri barang istimewa milik pelajar perempuan paling popular dan juga gadis yang diminatinya selepas dicabar musuh ketatnya sebelum menyedari ia adalah rancangan supaya dia dibuang dari sekolah sukan ini.
Judul: Budak Hostel Otaknya Sewel Tarikh tayangan: 12 Julai 2023 Waktu tayangan: Rabu & Khamis, 9 malam Saluran: Astro Ria Episod: 16 Pengarah: Norhanisham Muhamad (Labu) Produksi: Radius One Sdn. Bhd.
Sinopsis: Akhil telah dicabar oleh musuh ketatnya, Borhan untuk mencuri barang seorang pelajar perempuan yang paling popular iaitu Zakiah Merican. Jika Akhil berjaya memecah masuk asrama perempuan, Borhan akan memulangkan kembali surat rahsia milik Akhil yang dicurinya. Menerusi bantuan rakan-rakannya, Akhil mula merancang strategi memecah masuk ke dalam asrama perempuan. Cabaran demi cabaran terpaksa mereka lalui untuk menjalankan rancangan nakal mereka termasuklah perlu berhadapan dengan warden mereka yang sangat garang iaitu Cikgu Marzuki.
Sementara itu, Cikgu Marzuki merupakan pesaing Cikgu Daniel dalam cubaan untuk memenangi hati Cikgu Murni. Kesempatan ini diambil oleh Akhil untuk memasuki asrama perempuan ketika Cikgu Marzuki terleka. Namun tanpa mereka sedari, satu perangkap sedang menanti mereka setelah mereka berjaya memasuki asrama perempuan itu.
Pelakon: Tuah Adzmi sebagai Akil Bai Haq Majid sebagai Mat Piah Adam Eji sebagai Widad Izz Ilham sebagai Cupin Azhan Rani sebagai Cikgu Marzooki Syarnaaz Ahmad sebagai Cikgu Daniel Amelia Christie sebagai Zakiah Merican Zarul Iman sebagai Borhan Aya Amiruddin sebagai Balkis T
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Singkap Realiti Belakang Tabir Dalam One Million Dollar Voice

gempak
22/08/2023
14:50 MYT
Bermula 28 Ogos ini
Laman Utama

Penyelesaian Konspirasi & Teka-Teki Dalam B.A.R.I.S.T.A : Misi Terpaling Sulit

gempak
13/08/2023
14:50 MYT
Bermula 24 Ogos
Laman Utama

Penonton Puji Pemilihan Muka Baharu Dalam Drama Budak Hostel Otaknya Sewel

gempak
07/08/2023
11:50 MYT
Memang lawak guys!
Laman Utama

Drama ‘Budak Hostel Otaknya Sewel’ Pertaruhan Pertama Tuah Adzmi Dalam Dunia Lakonan - “Seminggu Pertama, Saya Takut & Menggigil Ketika…”

gempak
15/07/2023
08:50 MYT
Semoga terus berjaya dalam bidang lakonan.
Laman Utama

Kegembiraan 5 Sekawan Bertukar Jadi Keraguan Dalam Persepsi

gempak
06/07/2023
12:50 MYT
Bermula 29 Jun 2023