,
Hiburan

R Kelly Dituduh Rasuah Kahwini Aaliyah Pada Usia 15 Tahun

Asraf Aided
06/12/2019
11:36 MYT
Nama R Kelly sekali lagi tercemar apabila dilemparkan dengan tuduhan baharu, lapor AWANI.
Pada Khamis, Kelly dituduh telah membayar rasuah untuk mendapatkan kad pengenalan palsu buat penyanyi 90-an terkenal, Aaliyah.
Pendakwa raya di Brooklyn mengemukakan tuduhan bahawa Kelly membayar rasuah kepada seorang pegawai kerajaan di Illinois untuk menghasilkan “satu dokumen pengenalan diri palsu untuk Jane Doe #1” pada 30 Ogos 1994.
Sumber kepada akhbar NY Times mengesahkan bahawa Jane Doe #1 merupakan Aaliyah, yang maut dalam nahas kapal terbang pada 2001.
Aaliyah pada ketika itu hanya berusia 15 tahun, namun dibenarkan berkahwin dengan Kelly kerana kad pengenalan palsu itu dipercayai digunakan untuk mendapat lesen perkahwinan, menurut sumber kepada akhbar NY Times.
Lesen perkahwinan itu menyatakan bahawa Aaliyah berusia 18 tahun, iaitu had umur minimum untuk melangsungkan perkahwinan tanpa persetujuan ibu bapa di Illinois.
Aaliyah, atau nama penuhnya Aaliyah Dana Haughton, bertemu dengan Kelly ketika bekerjasama dalam menghasilkan album debutnya, Age Ain’t Nothing But A Number.
Dalam satu temubual bersama agensi berita ABC, Steven Greenberg selaku peguam Kelly mendakwa bahawa kliennya tidak tahu Aaliyah berusia 15 tahun ketika mereka berkahwin.
Penyanyi yang terkenal untuk lagu I Believe I Can Fly itu turut berdepan dengan 17 tuduhan lain, termasuk kesalahan mengeksploitasi gadis bawah umur secara seksual, menculik, dan memeras ugut.
Sumber : Astro AWANI/Nailah Huda
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Hamba Seks Mengaku Mahu Mati, R Kelly Dipenjara Bukan 10 Tapi 30 Tahun!

gempak
30/06/2022
08:54 MYT
Terima keadilan.
Laman Utama

Penyanyi I Believe I Can Fly Dipenjara 10 Tahun Kerana Jenayah Seksual

gempak
29/06/2022
14:55 MYT
Penyanyi R Kelly akhirnya dijatuhi hukuman penjara sekurangnya sedekad atau 10 tahun selepas didapati bersalah melakukan jenayah seks.
Hollywood

Perlu Jaminan US$I Juta Karena Pelecehan Seksual, Pernah Terkait Kasus Pornografi Anak, Adakah R Kelly Pedofilia?

gempak
25/02/2019
04:00 MYT