gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Loca B Kongsi Anak Tidak Mahu Ikut Jejak Jadi Penyanyi - “Dia Pernah Warning Kami”
HIBURAN
Bergelut Sebutan Bahasa Melayu, Kat Roshan; "Saya Dah Cuba Sedaya Upaya"
VIRAL
Duda Mengaku Salah Onani Tempat Umum, Dipenjara 6 Bulan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Qhadeeja Anggap Jam Mewah Sebagai Pelaburan - “Setiap Tahun Naik Harga Jadi Apa Salahnya”

Ainun Md Zooki
Ainun Md Zooki
24/07/2025
08:55 MYT
Sponsor Banner
Qhadeeja Anggap Jam Mewah Sebagai Pelaburan - “Setiap Tahun Naik Harga Jadi Apa Salahnya”
Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Qhadeeja El Zahra, tampil menjelaskan sebab di sebalik keinginannya memiliki jam tangan mewah yang tular baru-baru ini.
Kongsi Qhadeeja atau lebih mesra dipanggil Cess, permintaannya itu bukanlah sekadar untuk berfesyen sebaliknya menganggap pembelian jam mewah sebagai pelaburan jangka panjang yang baik.
“Sebenarnya tiada sebab khusus. Saya cuma lihat ramai orang buat konten minta hadiah daripada abang atau ahli keluarga.

“Jadi saya pun cuba, mana tahu dapat. Bagi saya, Cartier ni, setiap tahun atau lima hingga tujuh bulan pun harga boleh naik. Jadi kenapa tidak beli?

“Saya rasa jam seperti ini bukan sekadar aksesori, tapi satu aset,” katanya kepada Gempak.
Cess berkata demikian ketika ditemui di kediaman Datuk Seri Aliff Syukri di Kota Damansara, Selangor, pada Selasa.
Tambahnya, walaupun ramai yang melihat gaya hidup mewah sebagai ‘high maintenance’, Cess berpendapat tidak ada salahnya seseorang itu menghargai diri sendiri.
“High maintenance itu bukan sesuatu yang memalukan. Ia menunjukkan kita tahu nilai diri kita. Kalau kita mampu, apa salahnya?

“Apa yang penting, kita tahu apa yang kita buat. Dan kalau ia boleh beri inspirasi kepada orang lain untuk lebih menghargai diri, kenapa tidak?” ujarnya.

Terdahulu, Qhadeeja mencuri perhatian netizen apabila berjaya memujuk ayahnya membelikan jam tangan mewah untuk dirinya.

BERITA BERKAITAN: Qhadeeja Unboxing Jam Tangan Mewah RM42K, Netizen Tergamam Tengok Harga - “Dia Koyak Pembalut, Terasa Duit Aku Yang Koyak”

BERITA BERKAITAN: Anak Dedah Keperibadian Aliff Syukri, Anggap Bapa Seorang Lelaki Maskulin - “Ayah Saya Bukan Lembut Tapi Dia…”

BERITA BERKAITAN: "Abah Rotan Sebab Nak Cess Faham Erti ..." - Ini Cara Aliff Syukri Didik Anak Perempuan Yang Buka Tudung

BERITA BERKAITAN: Siti Nurhaliza Beli Bag Aliff Syukri Ketika ‘Live’ TikTok, Terasa Bagai ‘Mimpi’ - “Mungkin Dia Kesiankan Saya & Anak…”

Topic Berkaitan
#Pelaburan
#Mewah
#Jam
#Cartier
#Cess
#Qhadeeja
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement