,
Laman Utama

Putri Ariani Peminat Rossa! - “Saya Kagum Dia Dapat Golden Buzzer Dari Simon Cowell & Semoga Ke Final”

Maliah Surip
13/06/2023
04:55 MYT
Penghibur terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa melahirkan rasa kagum dengan pencapaian Putri Ariani yang mendapat golden buzzer daripada juri American’s Got Talent (AGT), Simon Cowell.
BACA: Putri Ariani Lahirkan Hasrat Ingin Berduet Dengan Siti Nurhaliza, Ini Jawapan Penyanyi Nombor 1 Negara…
BACA: Putri Ariani Kata Macam Mimpi Dapat Golden Buzzer Di AGT, Dua Hari Video Ditonton 14 Juta Kali
BACA: Simon Cowell Pun Beri Golden Buzzer! Penyanyi Cacat Penglihatan, Putri Ariani Tarik Perhatian Heidi Klum & Dr Noor Hisham
Pemberian golden buzzer tersebut melayakkan gadis cacat penglihatan tersebut mara terus ke pusingan semi final program realiti yang sudah memasuki musim ke-18 itu.
“Saya kagum dengan Putri kerana bisa menyanyi dan memenangkan hati banyak orang, apa lagi mendapat golden buzzer daripada Simon Cowell yang terkenal sebagai juri yang sangat sulit memberikan kredit kepada peserta.
“Saya berharap Insya Allah Putri bisa mampu ke final selepas maju terus ke semifinal atas pemberian golden buzzer tersebut, cuma apa yang penting sekarang setelah penjurian semuanya bergantung kepada undian orang awam,” ujar Rossa sewaktu ditemui Gempak di Astro, Bukit Jalil.
Tanpa berasa ingin mengambil kesempatan atau kredit di atas kejayaan Putri yang kini dikenali seluruh dunia, Rossa juga mendedahkan Putri merupakan peminatnya dan baru bertemu pada acara Indonesian Got Talent di Jakarta sebelum gadis tersebut mendendangkan lagu miliknya.
“Sebetulnya saya pertama kali kenal Putri di ASEAN Para Games 2022 dan sejak itu kami sering berhubung termasuk saling ikut di Instagram masing-masing.
“Saya juga sempat mengundang Putri menonton salah sebuah konsert saya di Jogjakarta dan terakhir baru bertemu di Indonesian’s Got Talent. Dia peminat saya dan hafal semua lagu saya jadi dia sempat mendendangkan lagu saya di acara itu,” kata Rossa.
Terdahulu pencapaian Putri Ariani atau nama sebenarnya Ariani Nisma Putri, 17, di American’s Got Talent menjadi viral selepas memenangi hati Simon Cowell usai mendendangkan lagu ciptaan sendiri berjudul Loneliness dan sebuah lagu tambahan yang diminta Cowell, Sorry Seems To Be The Hardest Word sebelum mendapat golden buzzer dan lolos pusingan tersebut.
Selain Putri, Indonesia juga diwakili seorang penyanyi popular, Cakra Khan dalam AGT yang berlangsung di Amerika Syarikat itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tiada Lagi Cinta, Rossa Lebih Selesa Berkawan Dengan Bekas Suami - “Kami Seperti Abang Dan Adik”

gempak
10/09/2024
02:06 MYT
Penyanyi dari seberang, Datuk Seri Rossa, mendedahkan anak tunggalnya, Rizky Langit Ramadan, tidak bersetuju sekiranya dia dan bekas suami, Yoyo, merujuk semula sebagai suami isteri.
Hiburan

Rossa Terjemah Perjalanan Seni Menerusi Filem Dokumentari All Access To Rossa 25 Shining Years, Bakal Tayang Di Malaysia September Ini!

gempak
31/07/2024
14:55 MYT
Penyanyi popular, Datuk Sri Rossa meluahkan rasa teruja apabila dapat menghasilkan filem dokumentari berjudul ‘All Access To Rossa 25 Shining Years’ setelah lebih 2 dekad berkecimpung dalam dunia seni.
Hiburan

Rasa Dah Tidak Releven, Rossa Dedah Pernah Mahu Bersara, Jual Aset & Pindah Negara

gempak
30/07/2024
02:55 MYT
Penyanyi popular Indonesia, Datuk Sri Rossa tampil membuat pendedahan pernah mahu mengundurkan diri daripada karier seni kerana berasa sudah tidak releven.
Hiburan

Rossa Sudah Siapkan Surat Wasiat Kematian: “Supaya Keluarga Yang Masih Hidup…”

gempak
19/07/2024
11:55 MYT
Penyanyi Rossa mengaku sudah menyiapkan wasiat yang selalu diperbaharui buat seluruh ahli keluarganya yang terdekat.
Hiburan

Ketidakupayaan Bukan Satu Halangan: Ini 5 Individu Yang Berjaya Walau Punyai Kekurangan

gempak
17/07/2024
21:55 MYT
'Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan', itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan beberapa individu yang tidak menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk berjaya.