,
Laman Utama

Putri Ariani Kata Macam Mimpi Dapat Golden Buzzer Di AGT, Dua Hari Video Ditonton 14 Juta Kali

Maliah Surip
10/06/2023
14:50 MYT
Nama gadis Putri Ariani menjadi perbincangan dunia selepas mendapatkan Golden Buzzer daripada salah seorang juri program realiti America's Got Talent 2023, Simon Cowell baru-baru ini.
BACA: Simon Cowell Pun Beri Golden Buzzer! Penyanyi Cacat Penglihatan, Putri Ariani Tarik Perhatian Heidi Klum & Dr Noor Hisham
Ada beberapa hal yang menjadikan kisah Putri Ariani mendapatkan Golden Buzzer tersebut viral.
Pertamanya kerana Golden Buzzer yang disifatkan ‘tiket emas’ serta paling sukar didapatkan peserta program tersebut diberikan oleh Cowell ; seorang juri yang diketahui sangat sukar bersetuju dengan persembahan peserta apalagi menekan ‘butang’ tersebut.
Cowell menyebut Putri Ariani adalah antara peserta terbaik yang pernah terlibat dalam America's Got Talent (AGT).
Kedua kerana fizikal Putri Ariani yang cacat penglihatan atau buta. Gadis kelahiran Indonesia berusia 17 tahun itu mendapatkan Golden Buzzer selepas mendendangkan lagu ciptaannya sendiri sebelum diminta Cowell menghiburkan tetamu dengan sebuah hit balada, Sorry Seems to Be the Hardest Word.
Ariani mengaku dirinya masih terasa seperti bermimpi selepas mendapat Golden Buzzer daripada Cowell.
“Perasaannya tidak dapat didefinisikan pakai kata-kata. Sampai sekarang juga masih merasa seperti mimpi," kata Putri kepada CNN Indonesia TV.
Tambah Ariani lagi: “Tapi yang jelas Putri sangat bersyukur, sangat bahagia, dan yang pasti bangga. Tidak sangka apresiasi dari masyarakat Indonesia dan dunia itu sangat luar biasa.”
Sementara itu, video persembahan Putri Ariani yang telah ditonton mencecah 14 juta tonton dalam tempoh dua hari dan masih berada di tangga pertama di kategori trending YouTube.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.