Terkini
Puteri Sarah Sayu Jumpa Pak Cik Kena Tengking Influencer - "Dia Memang Sedih & Malu Sangat"
Pelakon Puteri Sarah Liyana sayu apabila dapat bertemu empat mata dengan gelandangan warga emas yang menjadi mangsa kandungan video viral seorang usahawan dan influencer baru-baru ini.
Kongsi Puteri Sarah, dia sempat berbual dan menyelami isi hati warga emas berusia 64 tahun itu ketika pertemuan mereka pada Khamis.
"Takpe pakcik. Ramai yang sayang pakcik dan hargai pakcik serta mendoakan pakcik. Rakyat Malaysia memang marah dengan tindakan influencer tu!! Tindakan itu sangat biadab!
"Alhamdulillah syukur berkesempatan jumpa pakcik ni. Pakcik ni memang sedih dan malu sangat dengan apa yang berlaku. Sempat dia meluahkan perasaan tadi... 64 years old guys! Imagine parents kita yang kena sound macam tu? Mashallah...
"Walau sekaya mana kita, sehebat mana kita... janganlah kita kurang ajar dengan orang tua... ingat kita bukannya selalu di atas nanti kita akan di bawah juga," tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Terdahulu, tular sepotong video seorang usahawan dan instafamous lelaki di media sosial yang didakwa sengaja memalukan seorang warga emas dengan mengungkit kisah silamnya di hadapan orang ramai.
Rakaman tersebut telah mencetuskan rasa marah netizen apabila usahawan terbabit mengungkapkan sepotong ayat, "Masa muda dulu menyesal tak?" dengan nada yang dikatakan begitu sombong dalam sesi program keusahawanan dan motivasi sebahagian gelandangan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Netizen juga turut menggesa orang ramai agar memboikot jenama fesyen dan produk yang dikeluarkan oleh Instafamous itu bersama isterinya.
Antara yang turut menyuarakan ketidakpuasan hati itu termasuklah pelakon terkenal, Aaron Aziz.
Sekadar info, susulan daripada video yang tular berkenaan, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan pihak polis telah memanggil lelaki terbabit dan dia dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Usahawan tersebut yang juga suami kepada pemilik butik pakaian wanita terkenal itu dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka.
Bagaimanapun, usahawan terbabit tampil membuat permohonan maaf di Instagramnya semalam. Dia juga telah bertemu dengan warga emas tersebut untuk meminta maaf di atas perbuatannya.
Must-Watch Video