,
Laman Utama

Puteri Sarah Ada Bukti Video Tak Senonoh Syamsul Yusof & Ira Kazar Sebelum Kahwin? - “Harta Sepencarian Satu Sen…”

Asyikin Mayudin
18/04/2023
22:50 MYT
Susulan kenyataan pengarah Syamsul Yusof mengenai kes nusyuz yang difailkan, isteri pertamanya iaitu aktres Puteri Sarah Liyana tampil mempertahankan dirinya.
Sarah menegaskan Syamsul berdepan dengan masalah lebih besar sekiranya dia mendedahkan video dan gambar tidak senonoh suami dengan madunya iaitu Ira Kazar sebelum mereka berkahwin.
“Suruh tarik nusyuz? Hello bro (Syamsul), kalau fail nusyuz kepada awak, tunjuk video tidak senonoh dengan Ira Kazar, gambar tidak senonoh masa sebelum anda berdua kahwin rasanya nusyuz awak lagi teruk kot.
“Dengan Ira kazar mengaku kepada JAWI persetubuhan luar nikah, siapa yang nusyuz? Tak payah tarik nusyuz. Biar mahkamah tentukan siapa yang nusyuz. Saya lebih suka itu,” kata Sarah menerusi Instastory miliknya.
Pada perkongsian yang sama, Sarah juga menjelaskan tuntutan mutaah dan nafkah sebanyak RM500,000 itu adalah jumlah sewajarnya memandangkan dia tidak menuntut harta sepencarian.
“Dan juga mutaah dan nafkah tertunggak RM500,000. Saya minta bayar setiap tahun RM100,000 itu awak mampu kot? Harta sepencarian satu sen pun saya tak tuntut.
“Boleh saja jual lamborghini yang awak banggakan tu kan buat bayar nafkah. Kereta banyak-banyak buat apa. Jual lah, buat bayar nafkah.
“Untuk pengetahuan awak, nafkah awak bagi itu cukup-cukup makan. Nafkah isteri tiada bertahun. Jadi janganlah gembira sangat. Tak apa, kita lawan di mahkamah,” ujarnya.
Terdahulu, Syamsul Yusof tampil menjelaskan mengenai punca sebenar dia menarik semula keputusan untuk melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana pada Selasa.
Menurut Syamsul, dia sebenarnya sudah bersetuju dengan permintaan Sarah yang memintanya untuk menarik semula kes nusyuz yang sudah difailkan dengan syarat aktres itu juga perlu menggugurkan kes melibatkan Ira Kazar.
Syamsul turut mendedahkan dia menerima surat perjanjian yang baru daripada pihak Sarah dan peguam yang melibatkan perubahan dari segi jumlah tuntutan beberapa hari sebelum sebutan lafaz cerai mereka.
BACA: [VIDEO] Syamsul Yusof Dedah Punca Sebenar Tak Jadi Cerai Puteri Sarah - “Pihak Dia Minta Duit Berlebihan & Harta…”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Puteri Sarah Anggap Pentas Muzikal Lawak Superstar 4 Seperti ‘Fear Factor’ - “Kita Nak Cuba Cabar Diri Untuk…”

gempak
18/09/2024
08:55 MYT
Buat pertama kali, pelakon Puteri Sarah Liyana menyertai program realiti lawak, Muzikal Lawak Superstar 4 bersama kumpulan Gebu yang turut dianggotai pelawak Mamak Puteh dan Ilham Abata.
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Hiburan

Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

gempak
15/09/2024
02:03 MYT
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya tidak mencampuri urusan perpisahan antara Syamsul Yusof dan bekas isteri, Ira Kazar.
Hiburan

Syamsul Yusof Kembali Kepada Pangkuan Ibu Bapa

gempak
11/09/2024
15:45 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Bawa Sentuhan ‘Magika’, Muzikal Lawak Superstar 4 Tampil Dengan Kombinasi Pempengaruh, Pelakon & Pelawak!

gempak
11/09/2024
07:00 MYT
Astro kembali menggabungkan pelakon, pelawak, penyanyi dan pempengaruh di atas pentas komedi muzikal menerusi musim terbaharu ‘Muzikal Lawak Superstar 4’.