Laman Utama
Puteri Norway Tinggalkan Istana Untuk Jadi Dukun Bersama Tunang
Seorang pueteri dari Norway, Princess Martha Louise mengambil keputusan meninggalkan istana untuk bersama tunangnya, seorang guru spiritual, Durek Verrett.
Louise malah akan memulakan bisnes perubatan secara alternatif atau menjadi dukun bersama tunangnya.
“Princess Martha Louise tidak akan mewakili istana buat masa ini. Pasangan itu bagaimanapun akan terlibat dengan majlis keraian keluarga tetapi bukan aktiviti berkaitan dengan Royal House of Norway,” tulis kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak istana seperti dilaporkan CNN.
Laporan sama menulis, Louise, 51, dan Verrett telah menjalankan beberapa seminar yang menawarkan perubatan dukun sekaligus mengajak para pesakitnya menggunakan ‘kelebihan’ yang dimiliki untuk mengubah dunia.
Verrett juga dikatakan telah menulis sebuah buku dengan judul Spirit Hacking dengan pengisian berkaitan ilmu dukun berharga sekitar RM1, 000.
Ia antaranya mendakwa mampu mengundang roh atau menarik kuasa dari alam lain dan membantu seseorang pulih dari penyakit.
Loiuse yang merupakan satu satunya anak perempuan dari raja dan permaisuri Norway itu mengumumkan bertunang dengan Varrett pada Jun tahun ini.
Sebelumnya beliau pernah berkahwin dengan penulis dari Norway, Ari Behn, namun berpisah pada tahun 2016.
Mantan suaminya itu bagaimanapun membunuh diri pada hari Krismas pada 2019 lalu.
Must-Watch Video