,
Laman Utama

Puteri Gunung Ledang The Musical Ditangguh Ke Pertengahan 2022

Asraf Aided
29/01/2021
06:55 MYT
Susulan pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir, pihak Enfiniti (M) Sdn Bhd mengumumkan tayangan Puteri Gunung Ledang (PGL) The Musical telah dijadualkan semula ke pertengahan tahun hadapan.
Pengumuman oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Enfiniti, Arnan Rahman itu dibuat menerusi akaun Intagram rasmi Enfiniti untuk makluman umum.
"Kepada peminat setia PGL, Kami membuka tirai 2021 dengan harapan menggunung dapat mementaskan PGL The Musical pada Jun tahun ini, setelah terpaksa ditunda tahun lepas disebabkan pandemik COVID-19.
"Namun kes jangkitan COVID-19 semakin meningkat dan tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan dalam masa terdekat, dengan 3,680 kes positif baharu hari ini dan bahkan melepasi angka 4,000 sepanjang dua minggu yang lalu.
"Kami juga akur seruan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengekang dan menghalang wabak COVID-19 dengan lebih serius di negara ini.
"Setelah mempertimbangkan kesihatan dan keselamatan para penonton, pelakon dan kru kami yang harus menjadi keutamaan kami pada masa ini, kami sebagai sebuah organisasi yang tegas mematuhi tatacara pengendalian piawai (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beserta pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong, memahami bahawa perjalanan latihan serta pementasan pertunjukan dalam tempoh ini akan melanggar arahan dan usaha Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan untuk memerangi pandemik tersebut, dan dengan berat hati, telah membuat keputusan untuk menjadualkan semula PGL The Musical pertengahan 2022," tulis kenyataan terbabit.
Dalam pada itu, beliau turut menghargai usaha semua pihak yang terlibat serta pemegang tiket PGL The Musical yang sabar menanti.
"Kami sangat hargai usaha para pelakon, team produksi dan kru PGL The Musical yang bertungkus lumus sejak Oktober 2019 lagi.
"Semua yang terlibat begitu komited dan berdedikasi ingin menghasilkan produksi baru PGL yang terbaik untuk memenuhi kerinduan peminat. Namun dengan ancaman besar COVID-19 terhadap kehidupan rakyat, kita harus mengutamakan keselamatan negara bersama.
"Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pemegang tiket PGL The Musical din atas kesabaran anda, dan memohon maaf di atas kesulitan yang tidak dapat dielakkan. Anda akan menerima e-mel yang menjelaskan beberapa tindakan susulan dan maklumat lanjut dalam masa yang terdekat.
"Sehingga kita bertemu nanti dalam keadaan yang lebih selesa dan selamat, kami doakan untuk yang terbaik buat seluruh rakyat Malaysia. Insya-Allah, kami mengalu-alukan kehadiran anda di PGL The Musical tahun 2022," tulisnya lagi.
Sebelum ditangguh ke tahun ini, PGL The Musical dijadualkan memulakan pementasan di Esplanade, Singapura pada Jun diikuti Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Julai tahun lalu.
Sama-sama kita doakan agar pandemik COVID-19 ini berkahir dengan segera agar dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

#GMWA2022: “Ada Yang Terpeleot Kaki,” - The Sara Sisters Teruja Nak Buat Persembahan, Kongsi Kisah Lucu Sesi Latihan

gempak
26/02/2023
02:45 MYT
Memang meletup persembahan The Sara Sisters ya.
Laman Utama

#GempakWrapped2022: Bahagia Tidak Selamanya, Ini 10 Artis Yang Berpisah Tahun 2022

gempak
31/12/2022
14:51 MYT
Selebriti yang bercerai dan putus cinta 2022
Laman Utama

Jungkook BTS Antara Selebriti ‘Buka Pentas’ Piala Dunia 2022

gempak
13/11/2022
09:23 MYT
Jungkook diumumkan sebagai salah seorang selebriti yang akan membuka pentas sebelum perlawanan FIFA Piala Dunia 2022 di Qatar.
Laman Utama

“Confident Ni Takda Jual Kat…” - Mummy Jerung Merah Beri Sebab Why Dia Yakin Masuk Big Stage 2022

gempak
24/01/2022
00:50 MYT
Tak sabar nak tengok!
Laman Utama

COVID-19: Kes Meningkat Berbanding Semalam, 28 Lagi Kematian Direkodkan

gempak
04/01/2022
11:00 MYT
Malaysia mencatatkan 2,842  kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit meningkat berbanding semalam.