,
Laman Utama

Putera William Adalah Lelaki Botak Terseksi Dunia 2023, Vin Diesel Nombor Dua

Maliah Surip
18/11/2023
14:55 MYT
Putera William dinamakan sebagai lelaki botak terseksi dunia untuk tahun 2023.
Pengiktirafan tersebut dibuat menerusi satu tinjauan yang diambil dari pencarian di Google.
Pihak agensi pemasaran Reboot yang menjalankan tinjauan tersebut menampilkan carta mengenai pencarian tentang Putera William termasuk dikaitkan dengan perkataan tanpa baju atau bogel.
Pada analisis yang sama, tinjauan tersebut mengambil kira tentang pencarian tinggi, aset dan ‘betapa bersinar’ kepala botak para lelaki yang akhirnya dikira sebagai seksi.
Menerusi tinjauan yang dibuat, William menduduki tangga teratas dengan skor 9.88 daripada 10 diikuti aktor yang terkenal dengan aksi lasak, Vin Diesel dan Jason Statham di tempat ketiga.
Ketiga-tiga ‘pemenang’ ini ditentukan dengan faktor ‘kilauan’ pada kepala mereka.
Turut berada dalam carta 10 lelaki botak terseksi dunia 2023 adalah Samuel L. Jackson, Dwayne Johnson dan Shaquille O’Neal.
Berikut kedudukan 10 Lelaki Botak Terseksi Dunia 2023
1. Putera William – 9.88 2. Vin Diesel – 8.81 3. Jason Statham – 8.51 4. Samuel L. Jackson – 7.31 5. Jeff Bezos – 7.12 6. Michael Jordan – 7.95 7. Dwayne Johnson – 6.90 8. Shemar Moore – 6.75 9. Shaquille O’Neal – 6.50 10. Terry Crews – 6.32

BERITA TRENDING: "Moga Luruh Rambut Ini Sepertimana Luruh Dosa-Dosaku" - Aniq Suhair

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.