Pusat Jagaan Tular Diarah Tutup, Semua Kanak-Kanak Diselamatkan - KPWKM
Sebuah pusat jagaan kanak-kanak persendirian di Cheras, dekat sini diarahkan tutup susulan tular video mengenai layanan terhadap kanak-kanak di premis itu baru-baru ini.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan semua 18 kanak-kanak di pusat jagaan itu yang terdiri daripada 12 lelaki dan enam perempuan turut diselamatkan.
Menurut KPWKM, mereka juga dibawa ke Hospital Kajang bagi menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum dibawa ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Hulu Langat untuk proses saringan awal.
Orang ramai yang tahu mengenai kes penderaan dinasihatkan untuk terus menghubungi Talian Kasih menerusi talian 15999 atau WhatsApp 019-2615999 atau terus ke PKMD terdekat bagi mendapatkan bantuan segera.
Sumber: Astro AWANI