,
Berita

Punca Gangguan Air, Ada Bau Seakan Bangkai Di Sungai Semenyih

Syafiqah Jalal
04/10/2020
23:36 MYT
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menyatakan pihaknya mendapat laporan terdapat bau tidak normal seakan bau bangkai dikesan di Sungai Semenyih dan Sungai Langat.
Menerusi ciapan di laman Twitter, LUAS memaklumkan bau itu dikesan kira-kira jam 4.30 petang pada Ahad. Menurutnya, LUAS dan pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan mitigasi segera bagi mengatasi masalah itu.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan sebanyak 274 kawasan dari empat wilayah akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas sepenuhnya.
Wilayah yang terjejas adalah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang yang bakal menjejaskan 309,605 akaun pengguna.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, penutupan loji tersebut terpaksa dibuat ekoran insiden pencemaran air mentah di Sungai Semenyih yang menjadi sumber air mentah ke loji itu.
“Air Selangor telah melaporkan insiden ini kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan tindakan untuk mengenalpasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan anak anak sungai di sekitar Sungai Semenyih sedang giat dijalankan.
“Pihak Air Selangor telahpun mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menggiatkan bantuan kepada pengguna-pengguna yang terjejas ekoran insiden ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tambah beliau, pihaknya masih belum dapat menjangkakan tempoh masa pengoperasian semula loji dan pemulihan bekalan.
Sumber Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Ibu Kecewa Anak Dilibas Siak Masjid Dengan Getah Paip Sampai Berbirat, Sebagai Amaran Elak Berbuat Bising

gempak
06/09/2024
21:55 MYT
Kecewa dan kesal, perkongsian seorang ibu mendakwa anaknya dipukul menggunakan getah paip di sebuah masjid semasa solat Jumaat menjadi perhatian warganet.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Kehadiran 'Raja Bomoh' Curi Perhatian, Siap Renjis Air Istimewa

gempak
28/08/2024
14:25 MYT
Kehadiran Raja Bomoh atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin mencuri tumpuan pengamal media apabila hadir di lokasi kejadian tanah jerlus membabitkan seorang individu warga India di Masjid India, Kuala Lumpur, hari ini.
Hiburan

Berhutang Sebanyak RM25,000, Pereka Fesyen Popular Tanah Air Dikejar Ah Long?

gempak
27/08/2024
13:55 MYT
Gara-gara hutang, seorang pereka fesyen popular tempatan  berdepan detik cemas apabila dipercayai telah menjadi mangsa peras ugut sekumpulan Ah Long.
Viral

Aleeya Zailan Dedah Alami Sakit Tekak Selepas Insiden Termandi Air Kotor Di Sebuah Hotel - "Risau, Berita Mayat Dalam Tangki Pun Kita Pernah Dengar"

gempak
16/08/2024
12:55 MYT
Usahawan kosmetik Aleeya Zailan berkongsi pengalaman dia dan keluarga termandi air kotor di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka, baru-baru ini.
Viral

Tekak Sakit, Gatal-Gatal Selepas Berkumur, Aleeya Zailan Terkejut Kualiti Air Keruh Hotel Mewah Di Melaka

gempak
10/08/2024
08:55 MYT
Pengasas Avenys, Aleeya Zailan kesal dan terkejut apabila percutiannya bersama keluarga di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka bertukar 'mimpi ngeri'.