,
Hiburan

Pulihkan Hubungan Sharifah Aini & Siti Nurhaliza Antara Pencapaian Huzz Yang Membanggakan

Gempak
02/07/2024
06:34 MYT
Penyatuan dua penyanyi hebat iaitu Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan antara pencapaian membanggakan sepanjang Allahyarham Huzz bergelar wartawan hiburan.

Pencapaian Membanggakan

Itulah yang didedahkan oleh adik Allahyarham yang dikenali sebagai Nur-ul Afida yang turut mendedahkan abangnya seorang yang peramah dan ceria selain mudah disenangi oleh rakan artis.

ARTIKEL BERKAITAN: Reka Dua Busana Untuk Konsert Di Singapura, Ezuwan Ismail Puji Sikap Membumi Siti Nurhaliza - "Sampai Backstage Dia Dah Siap Solek, Bertelekung Tunggu Waktu Solat ..."

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tidak Berdiri Untuk Segala Gelaran” - Siti Nurhaliza

"Penyatuan Biduanita Negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini dan penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan antara pencapaian membanggakan sepanjang Huzz bergelar wartawan hiburan.

"Dia mempunyai kenalan rapat dengan selebriti hebat tanah air, detik yang paling diingati adalah ketika dia menyatukan dua penyanyi hebat tersebut.

"Ketika itu, satu negara digemparkan dengan kontroversi antara dua penyanyi berkenaan dan Huzz merupakan individu yang berjaya memujuk kedua-duanya bersemuka serta berdamai menerusi satu sesi fotografi.
"Orang mungkin tidak tahu, tetapi arwah sangat disenangi dalam industri tanah air dan sentiasa memberikan sokongan kepada rakan-rakan artis,” katanya menerusi laporan di Majoriti.

Ibu Terima Faedah Pencen

Nur-ul Afida berkongsi mengenai perkara itu kepada pengamal media ketika menerima kunjungan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), baru-baru ini.
Dalam pada itu, ibunya, Noor Hamid, 79, menerima faedah pencen penakat seumur hidup sebanyak RM1,027 dan Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM3,000 secara sekali bayar daripada PERKESO.
Terdahulu, Allahyarham Huzz dilaporkan menerima rawatan di Unit Onkologi, Hospital Kuala Lumpur sejak Mac 2024 dan disahkan menghidap kanser usus tahap empat, sebelum disahkan meninggal dunia pada 8 Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Selain Fauziah Nawi, Zur Eda, Razak Ahmad & Rosnah Johari Turut Menerima Jemputan Mengerjakan Umrah Daripada Yayasan Nurjiwa

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Sangka Video Backstage Konsert Tular, Siti Nurhaliza Muat Naik Video Sebenar -Saya Tak Marah, Itu Muka Saya Cuak..”

ARTIKEL BERKAITAN: Video Jelingan Di Backstage Konsert Tular, Ini Respons Siti Nurhaliza

ARTIKEL BERKAITAN: Raya Bersederhana, Siti Nurhaliza Utamakan Anak-Anak - "Cukup Saya Ada Sepasang Dua Baju Baharu, Pakai Jelah Yang Lama"

Sumber - Majoriti
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tampil Line Up ‘Mega’, Hausboom Music Festival 2024 Bakal Gegarkan KL Base 5 & 6 Oktober Ini!

gempak
17/08/2024
18:55 MYT
Festival gig terbesar yang paling dinantikan, Hausboom Music Festival 2024 bakal kembali dan direncanakan bakal berlangsung pada tanggal 5 & 6 Oktober ini di KL Base.
Hiburan

Konsert Cinta Di Awan Bawa Penonton Larut Dalam Alunan Indah Siti Nurhaliza, Penutup Konsert Solo 2024

gempak
12/08/2024
15:25 MYT
Lebih bermakna, konsert Siti Nurhaliza Cinta Di Awan turut memaparkan pencapaian gemilang karier seni Siti ketika mengungguli Anugerah Bintang Popular (ABP) sekaligus mengimbau nostalgia membelah terowong masa.
Hiburan

Aafiyah Muncul Bermain Keyboard Iringi Persembahan Di Konsert, Siti Nurhaliza: “Saya Teringin Dia Back Up Saya”

gempak
11/08/2024
03:55 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja dengan kemunculan anak sulungnya, Siti Aafiyah apabila bermain keyboard pada Konsert Cinta Di Awan yang berlangsung di Arena Of Star, Genting Highlands pada Sabtu.
Hiburan

Siti Nurhaliza Imbau Kenangan Bekerja Bersama Jay Jay – “Arwah Terkenal Dengan Sikap Ramah Dan Suka Bercerita Pengalaman”

gempak
05/08/2024
08:25 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan pihaknya menerusi Yayasan Nurjiwa menghulurkan sumbangan buat keluarga Allahyarham penyanyi legenda, Jay Jay baru-baru ini.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ikut Cara Sharifah Aini Rahsia Tiga Protege Shiha Kekal On The Top - "Arwah Tak Ada Cubit, Kerlingan Mata Pun Dah ..."

gempak
31/07/2024
01:55 MYT
Penyanyi Shiha Zikir mengakui tegas dalam membimbing anak didiknya yang juga peserta Gimme The Mic Malaysia iaitu Raes, Hazreen Amreena dan Junlloyd Egano.