,
Berita

Pulau Pinang Umum Solat Aidilfitri Di Rumah Sendiri, Takbir Rumah Ke Rumah Tak Dibenarkan

Amri Hassan
27/04/2020
05:02 MYT
Umat Islam di Pulau Pinang boleh menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah masing-masing ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, solat sunat Aidilfitri itu boleh dilakukan tanpa atau dengan khutbah mengikut kemampuan dan kesesuaian ahli keluarga.
"Ia adalah keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri yang ditetapkan semalam mengenai garis panduan sambutan Hari Raya dan solat berjemaah itu boleh dilakukan, tetapi hanya membabitkan ahli keluarga di rumah saja.
"Bagi ahli keluarga yang baru sembuh daripada Covid-19 atau perlu kuarantin di rumah, mereka tidak dibenarkan menyertai solat sunat berjemaah itu namun boleh menunaikannya secara bersendirian," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Fatwa negeri berkata, bagi imam, bilal dan siak boleh melaksanakan solat sunat Aidilfitri di masjid atau surau tertakluk kepada pekeliling dan arahan ditetapkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP).
Wan Salim berkata, takbir Hari Raya di masjid dan surau hanya boleh dilaksanakan oleh imam, bilal dan siak dengan menggunakan rakaman.
"Takbir pada malam raya dari rumah ke rumah yang menjadi kebiasaan sebelum ini adalah tidak dibenarkan kerana mahu mengekang penularan wabak Covid-19.
"Kami menggalakkan setiap keluarga melaungkan takbir hari raya di rumah masing-masing sehingga sebelum solat sunat hari raya dilaksanakan," katanya.
Bagi pesakit dan petugas di hospital pula katanya mereka dibenar melaksanakan solat sunat Aidilfitri mengikut arahan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sumber: Bernama Foto: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Selain KL, Udit Narayan Akan Turun Pulau Pinang 28 November Ini

gempak
02/09/2024
15:51 MYT
Udit Narayan merupakan penyanyi Bollywood yang terkenal dengan suara latarnya kepada industri muzik Bollywood dan termasuk juga beberapa bahasa lain seperti Tamil, Bengali, Telugu, dan Kannada, bakal membuat kemunculannya di Setia Spice Arena, Pulau Pinang pada 28hb November 2024.
Hiburan

5,000 Penonton Meriahkan Malam Hari Merdeka Pulau Pinang! Spider, Ella, Masdo Penuh Energetik

gempak
01/09/2024
11:55 MYT
Mahardika : Spider X Ella X Masdo dipercayai telah menjadi konsert terhebat yang pernah dianjurkan The Dons Group pada tahun ini serta bakal melakar sejarah tersendiri dengan bantuan kehadiran peminat.
Sukan

Malaysia Tuan Rumah Sukan SEA 2027!

gempak
28/08/2024
15:50 MYT
Selepas kali terakhir menganjurkan Sukan SEA pada 2017, Malaysia kembali menjadi tuan rumah untuk penganjuran temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu bagi edisi 2027.
Hiburan

Imuda Kini Bergelar Datuk, Anggap Anugerah Diterima Sebagai Pengiktirafan Kepada Anak Seni

gempak
30/07/2024
23:50 MYT
Pelakon, pelawak, pengacara, penyanyi dan kartunis popular tanah air, Imuda menganggap penganugerahan yang diterima beliau sebagai pengiktirafan kepada semua anak seni di Malaysia.
Berita

George Town Dikenali Semua, Tak Perlu Tukar Nama Tanjong Penaga

gempak
17/07/2024
13:45 MYT
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada sebarang isu berkaitan nama tempat dan keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.