,
Laman Utama

“Pulang Ke Rumah Buat Solat Istikarah” – Faizal Ismail Cari ‘Petunjuk’ Sebelum Kembali Ke Radio

Shahrin Zulkifle
01/09/2022
09:00 MYT
Penyampai Zayan Pagi, Faizal Ismail mendedahkan bahawa dia melakukan solat sunat istikharah sebelum membuat kata putus untuk menerima tawaran ke stesen radio tersebut.
Jelas Faizal atau lebih mesra disapa FBI, keputusan untuk kembali ke stesen radio turut dibantu oleh isteri dan keluarganya.
“Pertama kali pihak Zayan datang dan tawarkan kepada saya sebagai penyampai, saya agak tertarik dengan visi dan misi Zayan yang ingin menyampaikan dakwah melaui radio.
“Namun ketika itu saya masih belum beri keputusan lagi, saya pulang ke rumah buat solat istikarah, saya minta pendapat isteri dan keluarga berkenaan tawaran itu.
“Alhamdulillah, tidak lama kemudian hati saya terbuka dan saya melihat stesen Zayan boleh membantu saya secara halus dalam menyampaikan dakwah selari dengan matlamat Zayan itu sendiri,” ujarnya kepada Gempak.
Selain FBI, Zayan Pagi yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi, turut ditemani dua lagi penyampai iaitu Mawi dan Anas.
Dalam pada itu, FBI turut menjelaskan dia menerima sebanyak lima kali tawaran yang datang daripada pelbagai stesen radio.
Bagaimanapun, hatinya terbuka untuk menerima Zayan disebabkan kandungan yang berbentuk islamik selari dengan pendirian dirinya yang ingin menyampaikan dakwah kepada masyarakat.
“Saya menerima tawaran ini kerana saya lihat Zayan boleh menjadi satu platform untuk saya menyampaikanm dakwah dan membantu memberi nasihat kepada orang ramai.
“Saya juga ada menerima sebanyak lima kali tawaran untuk kembali ke konti radio, namun tidak sekali pun saya tergerak hati untuk menerima tawaran tersebut.
“Namun tidak pada Zayan kerana pengisian yang disajikan membuatkan saya tertarik seperti segmen kelas tajwid, segmen kuliah dan pelbagai lagi perkongsian positif. Malah ini turut menjadi ruang yang terbaik bagi saya sampaikan dakwah,” tambahnya lagi.
Sementara itu, peminat Zayan boleh menikmati perkongsian menarik di Zayan Pagi dengan pengisian-pengisian menarik seperti Motivasi Pagi, Takzirah Pagi, Hadith of The Day, Mahir Bahasa Arab, Kelas Tajwid, Topik Pagi Zayan dan Aura Zayan.
Peminat Zayan juga boleh strim Zayan dan mendengarkan Zayan Pagi menerusi aplikasi SYOK.
Untuk maklumat lanjut tentang personaliti Zayan yang lain dan kempen-kempen yang menarik, ikuti Zayan di platform rasmi media sosial Facebook, Instagram dan Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

“Bila Dengar Luahan Masalah Orang, Buat Saya Rasa Lebih Bersyukur” - Mawi

gempak
27/08/2024
15:46 MYT
Penyanyi dan penyampai ZAYAN, Mawi akui segmen ‘Bukan Nama Sebenar’ di platfom radio berkenaan banyak mengajarnya erti bersyukur.
Hiburan

RADIO 360: Integrasi Teknologi Kumpul Maklumat, Data Lebih Komprehensif

gempak
15/08/2024
17:39 MYT
Astro Radio dengan kerjasama GFK memperkenalkan “RADIO 360”, satu langkah mentransformasi industri radio melalui integrasi teknologi kiraan pendengar dengan cara yang lebih meyakinkan dan terkini.
Berita

Giliran Ray Tinggalkan ERA Selepas 19 Tahun Berkhidmat

gempak
09/08/2024
09:55 MYT
Penyampai radio ERA, Ray mengundurkan diri dari konti radio Eera bermula hari ini selepas 19 tahun berkhidmat kepada pendengar setia.