,
Laman Utama

PRU15: Tiada Laluan Khas Buat Pesakit COVID-19 Mengundi

Awani
17/11/2022
04:57 MYT
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan tiada laluan khas bagi individu positif COVID-19 di tempat mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Sabtu ini.
Menurut Khairy, keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) dengan pihak berkaitan termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah melakukan pelbagai peringkat perbincangan mengenainya.
Kita tidak dapat menyediakan lorong khas untuk pesakit positif COVID-19 selepas mengambil kira kekurangan sumber, ruang dan tenaga kerja.
Keputusan itu juga selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 Safe Election seperti yang sudah diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah," katanya selepas program Selangkah Ke Menara Gading bersama Ikon Malaysia dan Townhall Ikon Malaysia di Dewan 500, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, di sini, pada Rabu.
Khairy berkata demikian sebagai mengulas kegelisahan pengundi berhubung kemungkinan terpaksa mengundi dengan individu yang dijangkiti virus itu.
Sebelum ini, Dr Noor Hisham dilaporkan berkata, individu positif COVID-19 yang akan mengundi pada PRU15 wajib memakai pelitup muka, manakala pemakaian pelitup muka bagi pengundi lain adalah amat digalakkan.
Dalam masa sama, Dr Noor Hisham mengingatkan pengundi yang positif COVID-19 tidak dibenarkan menaiki kenderaan awam termasuk perkhidmatan e-hailing, singgah di mana-mana sebelum dan selepas mengundi serta perlu pulang segera selepas selesai mengundi.
SUMBER: AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.