,
Laman Utama

PRU15: Panggilan 'Abah' Dilaung Penyokong Selepas Muhyiddin Diisytihar Menang

Izwan Isa
19/11/2022
16:50 MYT
Ratusan penyokong Perikatan Nasional (PN) melaungkan panggilan ‘abah’ merujuk kepada Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas beliau diumumkan menang di Parlimen Pagoh.
Selain sorakan ‘abah’ laungan ‘Perikatan Nasional’ turut dilakukan penyokongnya selepas pemimpin tertinggi parti itu menang dengan majoriti besar sebanyak 10,007 undi dengan keseluruhan 24,986 undi.
Muhyiddin telah menewaskan dua lagi calon lain masing-masing mewakili Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Razali Ibrahim yang memperoleh 14,426 undi, dan calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah Abd Rahman yang meraih 14,979 undi.
Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu telah mempertahankan Pagoh melebihi lima penggal selain turut pernah memenangi kerusi itu atas tiket BN.
Kesemua penyokong turut mengikuti pengumuman langsung calon di Pusat Media Utama PN, di salah sebuah hotel terkemuka di Shah Alam.
Sumber: Astro Awani
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

“Din… Din.. Nak Pergi Mana, Nak Ikut…” - Tak Rela Abaikan Permintaan Abah Yang Uzur, Netizen Terharu Lihat Cara Pensyarah Ini Layan Bapa

gempak
20/08/2024
08:55 MYT
"Din... Abah nak ikut… Din nak pergi mana? Abah nak ikut, jom Din abah nak ikut, abah belanja,” itulah ungkapan seorang bapa yang sudah berumur setiap kali melihat anaknya mahu keluar dari rumah.
Viral

Bungkusan Kecil Berbalut Benang Dijumpai Atas Pusara Ayah Muhyiddin

gempak
18/06/2024
02:50 MYT
Bungkusan kecil yang diikat benang seakan-akan buhul sihir di atas kubur Allahyarham Tuan Guru Mohamad Yassin Muhammad, mengejutkan ahli keluarga yang menziarahi pusara tersebut pada pagi Hari Raya Aidiladha.
Laman Utama

Muhyiddin Bebas 4 Kes Salah Guna Kuasa Libat Suapan RM232.5 Juta

gempak
15/08/2023
03:42 MYT
Mantan Perdana Menteri bebas tuduhan salah guna kuasa
Laman Utama

Dituduh Jadi Penghasut PN, Aeril Zafrel Bakal Saman 6 Individu Yang Sebar Fitnah

gempak
04/02/2023
04:00 MYT
Aeril ambil tindakan
Laman Utama

[VIDEO] YB Rara Angkat Sumpah Di Parlimen, Netizen Puji Cantik; “Ini YB Ke Pramugari?”

gempak
20/12/2022
01:00 MYT
Manis je muka YB Rara