,
Laman Utama

PRU15: Kubu Kuat BN Tumpas Di Jasin, Rakyat Pilih PN Kerana ‘Dahagakan’ Politik Bersih!

Gempak
21/11/2022
11:00 MYT
Kejayaan Perikatan Nasional (PN) menawan kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Jasin disifatkan sebagai rakyat ‘dahaga’ dan mahukan pemimpin yang membawa politik bersih, stabil dan prihatin.
Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail berkata, kemenangan itu adalah fenomena nasional yang menunjukkan rakyat mahukan perubahan.
Zulkifli yang juga Pesuruhjaya Pas Melaka berkata, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), PN telah membawa semua suara dan aspirasi rakyat, sekali gus mencetus kejayaan di Jasin dan Tangga Batu.
“Sebenarnya PAS bukan pecah tradisi, kemenangan itu dilihat umpama memasak, sampai satu peringkat, akhir sekali boleh makan, tapi sebelum masak, perlu masak, potong sayur, potong bawang dahulu.
“Generasi awal PAS dulu sudah pun memasak, jadi kebetulan di peringkat kami ini adalah waktu di mana masakan tadi tu tinggal untuk hidang, kemuncak sudah siap, rasa dia sedap, maka dengan itulah kita tengok rakyat memberikan sokongan dan kepercayaan kepada PAS dan Perikatan Nasional (PN),” katanya.
Beliau berkata demikian pada media ketika ditemui di Baitul Qurro’ Wal Fuqoha’, Payasum, Sungai Udang pada Ahad.
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, kini apa yang tinggal adalah masa untuk memastikan mandat rakyat dan hasrat pengundi ditunaikan.
“Rakyat melihat PAS yang berada dalam PN merupakan satu indikator positif, insyallah, gerakan ini yang akan melaksanakan pentadbiran yang bersih dan mandat rakyat harus ditunaikan dengan amanah. Doakan kami,” tambahnya.
Sumber- Melaka Hari Ini
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pertama Kali Sertai Politik, Once Mekel ‘Minta Bantuan’ Rakyat Indonesia Di Malaysia Undi Dirinya

gempak
11/02/2024
04:33 MYT
Bekas penyanyi Kumpulan Dewa 19 Once kini menceburi bidang politik di Indonesia.
Hollywood

Jason Momoa Nak Jadi Ahli Politik Untuk Selamatkan Dunia

gempak
04/02/2024
13:37 MYT
Bintang Aquaman, Jason Momoa ternyata punya cita-cita yang lebih ‘berat’ berbanding menjadi pelakon sewaktu kecil.
Laman Utama

Jadi Artis Kedua Bergelar YB & Mahu Semarakkan Program Agama, Siapa Yang Berhormat Altimet?

gempak
14/08/2023
07:50 MYT
Altimet secara rasmi menyandang gelaran Yang Berhormat atau YB selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya pada 12 Ogos 2023.
Laman Utama

"Ini Palsu!" - Dakwaan Buat Persembahan Di Majlis Politik, Siti Nurhaliza Tampil Jelaskan

gempak
01/05/2023
03:51 MYT
Siti Nurhaliza Nafi Dakwan Buat Persembahan Di Majlis Politik
Laman Utama

Lirabica Dihalau Jiran, Didakwa Goda Suami Orang - "Saya Diserang Sekumpulan Wanita Yang ..."

gempak
10/04/2023
07:55 MYT
Bekas model dan penyanyi hasilkan lagu Persekusi.