gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Mikael Luah Dia Benci Individu Itu, Rasa Tertipu" - Ibu Kongsi Keadaan Terkini Anak Selepas Viral Dakwaan 'Sexual Grooming' Penyanyi Irama Malaysia
HIBURAN
Bekas Pelakon Cilik Murtad, Didakwa Kahwin Sesama Jenis Di Thailand
VIRAL
Kes Zara Qairina: Fadhlina Nafi Lambat Bertindak - "Berhentilah Sebar Berita Tidak Sahih"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Projector Band Bakal Tukar Vokalis Baru

Rozaimi Zubaidi
Rozaimi Zubaidi
25/07/2017
03:03 MYT
Sponsor Banner
Projector Band Bakal Tukar Vokalis Baru
Vokalis kumpulan Projector Band yang dinyanyikan oleh Iskandar Dzulqarnain bakal digantikan dengan pemain gitar utamanya, Razif.
Razif berkata dia bakal mengambil tempat vokalis untuk beberapa lagu lain selepas ini kerana tidak mahu membebankan Iskandar sahaja yang sebelum ini hampir hilang suara ketika memenuhi undangan nyanyian dalam satu masa.
"Tahun lalu, ketika kami memenuhi banyak undangan nyanyian, Iskandar telah mengalami sedikit kerosakan pada kotak suara.
"Mana tidaknya, lagu Sudah Ku Tahu itu ada bahagian yang dia perlu menjerit dan disebabkan itu tekak Iskandar sakit apabila terlalu banyak menyanyikannya.
"Jadi kami berfikir untuk tidak mahu membebankan Iskandar, pihak pengurusan pun meminta saya untuk menyanyi juga selepas ini.
"Saya memang menyanyi dan mencipta lagu sebelum ini, malah penyanyi asal lagu Aisyah itu adalah saya. Jadi saya tiada masalah untuk menggantikannya," katanya kepada Astro Gempak.
Projector Band ditemui ketika mengadakan persembahan di Majlis Rumah Terbuka UiTM Holdings di Intekma Resort, Khamis lalu.
Bercerita mengenai undangan nyanyian pada Syawal lalu, Razif memberitahu Projector Band banyak membuat persembahan di rumah terbuka.
"Alhamdulilah Raya ni kami banyak menerima undangan nyanyian dan show masih berjalan seperti biasa.
"Pun begitu kami sempat bercuti dan beraya di kampung masing-masing selama dua minggu sebelum kembali bekerja," katanya lagi.
Mengenai perkembangan lain Projector Band sedang merakamkan single terbaharu mereka yang dijangka dikeluarkan pada awal tahun hadapan.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Penyanyi
#Projector Band
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement