,
Laman Utama

Pro Palestin Hantar ‘Jenazah’, Pulang Barangan Yang Dibeli Di Zara

Maliah Surip
14/12/2023
13:35 MYT
Natijah mempersembahkan kempen terkini yang diberi nama The Jacket dengan memaparkan patung hilang anggota tubuh dengan berlatarbelakangkan sisa runtuhan selain boneka pakaian dibalut dengan kain putih terus menimpa jenama pakaian Zara.

BERITA TRENDING: Didakwa Guna Konsep ‘Mangsa Perang’ Bagi Kempen Koleksi Baharu, Zara Teruk Dikecam!

Kempen tersebut disifatkan menggambarkan kempen genosid di Gaza dan tidak sensitif terhadap nasib malang yang menimpa rakyat Palestin.
Meski sudah menarik balik kempen iklan tersebut dan membuat kenyataan rasmi dengan menyatakan kekesalan mereka namun itu tidak dapat menghentikan golongan pro Palestin.
Butik-butik pakaian yang berasal dari Sepanyol tersebut terus diserbu oleh pro Palestin dengan kebanyakan daripada mereka memulang barangan termasuk baju yang sudah dibeli sebagai tanda protes.
Lebih ekstrem, para penunjuk perasaan datang dan menghantar ‘jenazah’ di butik tersebut.
Menerusi potongan video yang disiarkan DailyMail.uk, para pemprotes memasuki butik dengan membawa bendera Palestin, sepanduk dan ‘jenazah kanak-kanak’ yang ditinggalkan di atas kaunter.
Malah ada butik termasuk di Glaslow terpaksa ditutup kerana protes dan boikot yang dijalankan pro Palestin.
Zara diasaskan Amancio Ortega dan Rosalía Mera pada 1975.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Jenazah Cikgu Istiqomah Diserah Kepada Keluarga Tanpa Kaki Dan Tangan

gempak
19/08/2024
08:35 MYT
Keluarga menerima dengan baik keadaan jenazah yang diserahkan kepada mereka
Berita

Keluarga Allahyarham Mohon Semua Pihak Hormat Keputusan, Ucap Terima Kasih Buat Yang Mendoakan Nidza Afham

gempak
15/08/2024
09:27 MYT
Abang ipar kepada Allahyarham Nidza Afham Mokhtar, 23, iaitu Effie Amron memaklumkan jenazah adik iparnya kini selesai menjalani proses bedah siasat dan bersedia untuk proses pengebumian pada petang ini.
Hiburan

Nidza Afham Dalam Proses Kumpul Duit Kahwin - “Tapi Saya Tak Tahu La Perancangan Itu Bila…”

gempak
15/08/2024
04:37 MYT
Penyanyi Aufahanie memberitahu Allahyarham abangnya yang juga penyanyi Nidza Afham mempunyai perancangan untuk berkahwin dengan teman wanitanya iaitu Hazmiera.
Viral

Sudahlah Terpaksa Usung Jenazah Lalu Jambatan Uzur, Penduduk Juga Terpaksa ...

gempak
08/08/2024
12:55 MYT
Mengusung jenazah dengan terpaksa berjalan sejauh 3 kilometer bukanlah satu perkara yang masuk akal.
Berita

“Pembunuhan Ismail Haniyeh Tidak Akan Dibiarkan Tanpa Balasan” – Hamas

gempak
31/07/2024
07:28 MYT
“Pembunuhan Ismail Haniyeh tidak akan dibiarkan tanpa balasan”, itu kata pegawai Hamas sebagai reaksi kepada pembunuhan pemimpin itu dalam serangan Israel di Tehran.