,
Laman Utama

Priyanka Chopra Dedah Wajah Anak Selepas 1 Tahun, Peminat: “Dia Ada DNA Nick Jonas!

Maliah Surip
01/02/2023
15:55 MYT
Bintang Bollywood, Priyanka Chopra akhirnya mendedahkan wajah anak sulung hasil perkahwinan bersama Nick Jonas, Malti Marie kepada umum baru baru ini.
Priyanka dilihat mengendong, bermain dan memberi sepenuh perhatian terhadap anak perempuannya itu sewaktu hadir memberi sokongan kepada Nick yang diiktiraf bersama Joe dan Kevin Jonas menerusi Hollywood Walk of Fame.
Dalam beberapa keping foto dan video yang tersebar, ini merupakan pertama kali dunia melihat wajah Malti yang selama ini ‘disembunyikan’ setiap kali pasangan tersebut memuat naik perkembangannya di media sosial.
Marie yang lahir 12 minggu lebih awal kini sudah berusia lebih satu tahun.
Teruja kerana pertama kali dapat melihat wajah Marie dengan jelas, para peminat pun meninggalkan pelbagai komen.
Antaranya, mereka mengatakan wajah Marie mempunyai persamaan dengan ayahnya iaitu Nick.
“Ya Tuhan, wajahnya mempunyai DNA suami anda!”, tulis seseorang.
Ada yang menulis: “Akhirnya kami dapat melihat wajah si cantik ini. Dia sangat mirip seperti ayahnya dan anak pertama selalu akan begitu.”
Sementara yang lainnya memuji kecantikan Marie yang kelihatan seperti seorang anak ‘mat saleh’.
Priyanka dan Nick berkahwin pada tahun 2018 sebelum mendapatkan Marie melalui kaedah ibu tumpang kerana faktor usia aktres tersebut yang sudah mencecah 39 tahun.
Dalam majlis sama, Nick juga sempat memuji isterinya yang disifatkan wanita hebat dan gembira kerana hidup bersamanya.
“Anda adalah hadiah terindah saya. Saya gembira menjadi ibu dan bapa bersama anda,” kata Nick seperti dilaporkan Hindustan Times.
Dia juga dengan bersemangat dilihat melambai ke arah anak sulungnya dan berkata: “Hi Marie, saya tidak sabar untuk kembali ke sini 15 tahun akan datang dan memalukan anda di hadapan teman teman anda!”
Mereka bertiga kini hidup bahagia di Los Angeles.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Siap Bersilat Satu Bilik, Pegang Keris ‘Ghaib’, Janna Nick Kongsi Semula Momen Ashraf Muslim Buang Sakanya - “Saya Tak Percaya..”

gempak
24/08/2024
05:55 MYT
Pelakon, Janna Nick tampil menceritakan semula momen mistik yang dialami dirinya sewaktu ketika dahulu.
Laman Utama

Priyanka Chopra Menangis Dikritik Bentuk Badannya Tidak Layak Dicontohi

gempak
12/03/2023
14:50 MYT
Priyanka Chopra mengaku menangis kepada suaminya, Nick Jonas
Laman Utama

Priyanka Chopra Ada Masalah Kesihatan Hingga Guna Ibu Tumpang, Dedah Anak Lebih Kecil Dari Tangannya

gempak
23/01/2023
13:27 MYT
Priyanka Chopra baru baru ini berkongsi kisah kurang enak di sebalik kelahiran anak sulungnya, Malti Marie Chopra Jonas.
Laman Utama

Priyanka Chopra & Nick Jonas Kongsi Nama Bayi Perempuan: Malti Marie Chopra Jonas

gempak
22/04/2022
12:15 MYT
Hello Malti Marie.
Laman Utama

Priyanka Chopra & Nick Jonas Terima Bayi Perempuan, Ini Yang Kami Tahu Tentang Anak Sulung Mereka!

gempak
22/01/2022
01:55 MYT
Tahniah Priyanka & Nick!