HIBURAN
Prince Syed Beri Nasihat, Perlu Ada Toleransi Untuk Rumah Tangga Harmoni - “Lelaki Kena Buat Semua Benda, Isteri Jangan Pula Ambil Kesempatan”
Personaliti media sosial, Prince Syed berpendapat masih ada golongan lelaki yang menghargai isteri dengan memberikan layanan terbaik umpama ratu.
Masih ramai suami meratukan isteri
Namun kata Syed, tindakan yang dilakukan itu mestilah secara ikhlas dan tidak berpura-pura.“Tetapi tolonglah jangan berlakon acah-acah, itu sahaja. Ikhlas dari hati itu penting,” coretnya menerusi hantaran terbaharu di TikTok.“Masih ada lagi sbenarnya lelaki yang meratukan isteri cuma tak ramai, antara dia hargai atau tak sahaja sebenarnya.
Isteri jangan ambil kesempatan kebaikan suami
Bagaimanapun Syed menasihatkan agar para isteri tidak mengambil kesempatan di atas kebaikan yang ditunjukan oleh sang suami.Malah kata Syed, untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga, pasangan perlulah mempunyai sikal toleransi antara satu sama lain.
“Dua-dua kena main peranan, tak boleh harap satu pihak sahaja, barulah harmoni rumah tangga,” coretnya.“Lelaki kena buat semua benda, tapi isteri jangan pula ambik kesempatan terhadap kebaikan suami. “Dua-dua kena saling toleransi dan sama-sama kena cipta kebahagiaan bersama dalam rumah tangga.
Terdahulu, Prince Syed terkenal sebagai antara selebriti yang sering memuliakan dan menghargai isteri.@prince.syed.shahid Masih ada lagi sbenarnya lelaki yang meratukan isteri cuma tak ramai , antara dia hargai atau tak sahaja sebenarnya , tapi plisss lah jangan berlakon acah2 , tu jer … ikhlas dari hati tu penting , lelaki kene buat semua benda , tapi isteri jangan pulak ambik kesempatan terhadap kebaikan suami , dua2 kene saling toleransi dan sama2 kene cipta kebahagiaan bersama dalam rumahtangga , dua2 kene main peranan , x boleh harap satu pihak sahaja , baru lah harmoni rumahtangga♬ DJ O MERE SANAM - Indah Fvnky Rmx
Must-Watch Video