,
Laman Utama

PRESMA Gesa Ahli Sokong Siaran Kandungan Yang Sah

Maliah Surip
07/07/2021
06:50 MYT
Persatuan Pengusaha Muslim Malaysia atau PRESMA menyambut baik deklarasi yang dibuat Mahkamah Tinggi Harta Intelek di Kuala Lumpur dengan memaktubkan bahawa sebarang penjualan, tawaran untuk menjual, pengedaran dan/ atau membekalkan Kotak TV media atau peralatan perisian penstriman haram (“ISD”) yang mengandungi kandungan yang tidak mendapat kebenaran sah hakcipta, merupakan satu pelanggaran hakcipta.
Presiden PRESMA, Datuk Haji Jawahar Ali, berkata: “Masalah cetak rompak telah menyebabkan kerugian yang amat besar kepada ekonomi Malaysia dan membuatkan ribuan individu berisiko untuk kehilangan pekerjaan.
"Keputusan yang dibuat pihak mahkamah baru-baru ini dengan memaktubkan bahawa penjualan ISD yang menawarkan akses kepada kandungan yang tidak mendapat kebenaran sah hakcipta merupakan sebuah pelanggaran hakcipta secara tidak langsung menyampaikan satu mesej tegas yang cetak rompak kandungan adalah perbuatan mencuri, haram dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.
"PRESMA dan setiap ahlinya mengambil maklum akan perkara ini dan memberi sokongan menyeluruh ke atas keputusan atau deklarasi yang dibuat pihak mahkamah ini. Melihat kepada musim UEFA EURO 2020 yang sedang berlangsung pada masa ini, PRESMA sekali lagi ingin mengingatkan ahlinya untuk mematuhi setiap peraturan dan undang-undang negara ini, dan menolak pemasangan Kotak TV media yang mengandungi kandungan-kandungan yang tidak memiliki akses sah kepada hakcipta.”
“Pada masa yang sama, kami turut menyedari akan risiko yang bakal berlaku jika menggunakan kandungan-kandungan cetak rompak dan tidak sah. Selain dari aspek visual dan audio yang tidak memuaskan, keburukan lain termasuklah penyiaran iklan dan paparan pautan yang berisiko tinggi dan ancaman serangan siber yang mungkin membuka ruang kepada masalah virus, serangan malware dan ransomware serta mengalami isu kecurian data.
"Di pihak PRESMA, kami akan berusaha memberi informasi dan mendidik ahli-ahli persatuan ini agar sentiasa berjaga-jaga dan hanya menggunakan kandungan-kandungan yang sah dan memiliki kebenaran hakcipta.”
Laporan mendedahkan bahawa satu pertiga dari laman sesawang cetak rompak yang menawarkan kandungan berbentuk filem memiliki ancaman malware yang boleh membuka ruang kepada pengguna untuk berdepan dengan isu kecurian identiti, mengalami kerugian dari segi kewangan dan penggodam mengambil alih komputer yang digunakan.
Sebagai contoh, penyelidikan yang dijalankan oleh Veri-Site mendapati 79 peratus dari laman sesawang cetak rompak ini menawarkan pautan kepada malware PUP atau program-program yang tidak diingini, dan kebanyakan dari iklan-iklan yang disiarkan ini diletak beriringan dengan jenama-jenama iklan arus perdana, bagi memastikan aktiviti berniat jahat mereka ini tidak dapat dikesan.
Walaupun kebanyakan dari malware yang berlaku ke atas laman-laman sesawang ini memiliki adware (pembangunan perisian yang secara automatik memaparkan atau memuat-turun bahan berkaitan iklan seperti ‘banner’ atau ‘pop-up’ ketika pengguna berada di atas talian), 21 peratus daripadanya mempunyai malware yang bersifat lebih berbahaya dan berisiko tinggi seperti vektor serangan tinggi spyware atau penyebaran Remote Access Trojan (RAT).
Sementara itu, Pengarah Komersial Astro, Azlin Arshad, berkata: “Jika kita mempunyai misi untuk menang dalam menangani isu berkaitan dengan cetak rompak ini, semua pihak berkepentingan yang berkaitan dengan industri ini, seperti kerajaan, pengawal selia, penyiar, pengendali, pemegang hakcipta yang sah dan penyedia kandungan tersebut perlu bersatu dan bergandingan menyediakan rangka strategi yang bukan sahaja membolehkan mereka melindungi nilai produk masing-masing, malahan mampu menyumbang dalam memastikan industri turut sama memahami akan keseriusan masalah cetak rompak ini, seterusnya sama-sama memacu tindakan atau usaha-usaha tegas yang mampu memberi impak positif kepada perniagaan, dan membawa kembali pengguna di luar sana ke arah jalan yang sah dan tidak menyalahi undang-undang.
"Sehingga hari ini, kami begitu mengalu-alukan usaha PRESMA dalam turut sama membanteras isu cetak rompak, dan kami kekal komited untuk bekerjasama dengan persatuan ini dalam meningkatkan kesedaran di kalangan ahlinya akan bahana menggunakan ISD.”
Pendakwaan penuh bersejarah itu yang merupakan tindakan pertama yang diambil oleh Mahkamah Tinggi Harta Intelek, menyaksikan ia diterima baik dan begitu dialu-alukan oleh pihak berwajib dan pemain industri termasuklah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Asia Video Industry Association (AVIA), pihak Liga Perdana dan juga Astro.
Kredit Foto: The Edge Markets
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Filem

Ribuan Peminat Hadiri Jelajah Baik Punya Ah Long, 5 Pawagam di Terengganu & Johor Riuh Dengan Sokongan Penonton!

gempak
15/09/2024
12:55 MYT
Kehangatan sambutan yang diberikan oleh penonton menerusi filem Baik Punya Ah Long (BPAL) semakin membara!
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Pertarungan Sengit 10 Finalis, Elemen Kejutan Jadi Tumpuan… Ini Ramalan Siapa Yang Bakal Bergelar Juara

gempak
15/09/2024
06:55 MYT
Debaran semakin kencang! Pentas akhir Gimme The Mic Malaysia bakal berlangsung malam ini dengan menyaksikan 10 finalis bakal berentap menjadi yang terbaik.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.
Hiburan

Linda Onn Beri Nasihat, Penyampai Radio Harus Jaga Etika Bahasa

gempak
14/09/2024
14:55 MYT
Penyampai radio terkenal era 2000-an, Linda Onn, mengakui kurang setuju dengan pendekatan penyampai radio zaman sekarang.