,
Laman Utama

Premis Siar Rancangan Sukan & Hiburan Tanpa Lesen, Mahkamah KL Beri Amaran

Amri Hassan
24/11/2022
05:04 MYT
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan keputusan penting yang menetapkan bahawa sebuah premis komersial tempatan telah melakukan kesalahan jenayah apabila menyiarkan rancangan sukan dan hiburan secara tidak sah, termasuk bola sepak Liga Perdana.
Para pengarah untuk premis tersebut yang bernama 42 East Pub and Restaurant di KL didapati menyiarkan konten di premis mereka tanpa langganan komersial Astro yang sah.
Keputusan Mahkamah Tinggi ini menetapkan satu duluan penting yang menjelaskan bahawa premis komersial yang menyiarkan konten dari sumber yang tidak sah, sama ada melalui saluran haram dari luar negara atau siaran Astro tanpa lesen komersial yang sepatutnya.
Tindakan undang-undang di masa hadapan juga boleh membawa hukuman dan denda yang berat untuk mana-mana pihak yang didapati menyiarkan konten yang tidak sah di premis komersial mereka.

Kevin Plumb setuju tindakan mahkamah

Penasihat Am Liga Perdana Inggeris, Kevin Plumb berkata pihaknya bersetuju dengan tindakan mahkamah untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Kami mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi ini, yang menjelaskan bahawa sesiapa yang menyiarkan konten yang tidak sah akan melanggar undang-undang.
"Liga Perdana Inggeris mempunyai kerjasama yang rapat dengan Astro serta pihak berkuasa Malaysia untuk mengambil tindakan anti-cetak rompak serta memupuk kesedaran di kalangan peminat bola sepak.
"Kami ingin memastikan bahawa peminat boleh menikmati konten Liga Perdana Inggeris dengan kualiti terbaik melalui sumber yang sah," katanya menerusi kenyataan yang dikirimkan kepada Gempak.

Cetak rompak jejaskan pendapatan

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith menambah, jenayah cetak rompak boleh menjejaskan pendapatan industri komersial dan hubungan bersama peminat.
"Kami menerima keputusan yang penting ini, di mana ia menetapkan duluan perundangan untuk jenayah pelanggaran hakcipta. Jenayah cetak rompak boleh mengurangkan keupayaan kami untuk terus melayani peminat sukan serta perusahaan komersial.
"Ia boleh menjejaskan sumber pendapatan industry penciptaan konten (content creation), mengurangkan hasil cukai yang diterima oleh kerajaan untuk memacu ekonomi Malaysia, dan mendedahkan pemilik premis komersial kepada risiko hukuman denda.
"Kami tetap komited dalam bekerjasama dengan pihak berkuasa, ahli industri serta Liga Perdana Inggeris dalam memerangi cetak rompak dan mendorong perusahaan komersial untuk menyiarkan konten sukan secara sah melalui platform berkualiti tinggi," ujarnya.
Keputusan ini menyusuli pindaan terbaru kepada Akta Hak Cipta 2022, yang memperkuatkan perundangan yang berkaitan dengan pelanggaran hak cipta dan memperkasakan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang menjual peranti penstriman haram serta pengelola laman sesawang haram.
Pada bulan Oktober 2022, Liga Perdana Inggeris serta Alliance for Creativity and Entertainment (ACE) mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap seorang penjual yang disyaki menjual peranti penstriman haram yang menyediakan akses kepada konten sukan dan hiburan yang tidak sah, termasuk perlawanan Liga Perdana Inggeris.
Penjual tersebut diserbu dan ditahan oleh pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Prosiding Cerai Diadakan Secara Tertutup, Farid Kamil Sempat Berselawat Sementara Menunggu

gempak
20/11/2024
02:08 MYT
Pelakon Farid Kamil dilihat berselawat sementara menunggu prosiding pengesahan rujuk dan permohonan perceraian yang difailkan isterinya, aktres Diana Danielle.
Hiburan

Mohon Doa Yang Terbaik, Diana Danielle & Farid Kamil Hadir Berasingan Ke Mahkamah - “Saya Harap Semua Dapat…”

gempak
20/11/2024
01:42 MYT
Pelakon Diana Danielle memilih untuk tidak mengulas berhubung prosiding pengesahan rujuk dan permohonan perceraian terhadap suaminya iaitu aktor Farid Kamil.
Berita

Bakal Calon SPM Hadapi 63 Pertuduhan Amang Seksual, Pornografi Kanak-Kanak

gempak
18/11/2024
04:50 MYT
Bakal calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari sebuah sekolah menengah di Sri Gading, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor, hari ini, atas 63 pertuduhan amang seksual bukan fizikal termasuk memiliki video pornografi kanak-kanak.
Hiburan

Shuib Syukur Ada Peneman Di Mahkamah, Watie Hanifiah Siap Puasa Sunat - “Nak Minta Kat Allah…”

gempak
14/11/2024
23:55 MYT
Pelawak Shuib meluahkan rasa syukur apabila isterinya yang juga usahawan, Watie Hanifiah turut menemaninya di Mahkamah Sesyen pada Khamis.
Hiburan

Murah Dengan Senyuman, Netizen Puji Fazura Layan Peminat Di Mahkamah - “Peramah & Humble Orangnya”

gempak
13/11/2024
09:55 MYT
Perkongsian video di TikTok memperlihatkan aktres dan usahawan terkenal, Nur Fazura bermesra dengan peminatnya ketika di mahkamah bagi urusan hak penjagaan anaknya mengundang pujian daripada netizen.
Unitar