VIRAL
Premis Ayam Gepuk Terkenal Kenakan Caj ‘Refill’ Kicap, Netizen Dakwa Bisnes Tengah ‘Down’ - “Slowly Dah Tutup Beberapa Branch”
Sebuah premis perniagaan ayam gepuk popular menjadi perhatian netizen selepas seorang individu tampil mendedahkan pengalaman kurang enak ketika berkunjung ke salah satu restoran tersebut.
Menerusi satu hantaran, individu tersebut meluahkan rasa kecewa apabila dikenakan caj sebanyak RM1.20 hanya kerana meminta refill kicap.
Lebih mengecewakan, permintaan tersebut dibuat selepas mendapati bekas kicap yang disediakan di premis itu telah pun kosong dan tidak diisi semula oleh pihak restoran.
Bukan itu sahaja, dia turut mendakwa terpaksa menunggu selama 30 minit untuk menerima makanan yang dipesan, dan apabila makanan sampai, nasi dan kobis yang dihidangkan pula sudah sejuk.
“Servis memang slow, beratur panjang. Saya kena caj kicap RM1.20. Bila nampak bekas kicap itu kosong saya sangka mereka akan refill tetapi tidak.
“Saya tunggu dari jam 9:45 dan sekarang jam 10:15 baru dapat makanan.
“Sambal nampak kurang merah, kobis goreng sejuk dan nasi juga sejuk. Saya bukan nak jatuhkan bisnes tapi ini yang anda beri pada saya? Kenapa? Buatlah sesuatu,” ujar lelaki itu dalam sebuah video.
Walaupun berkongsi rasa kecewa, individu itu menegaskan bahawa niatnya bukan untuk menjatuhkan perniagaan tersebut, tetapi sekadar memberi teguran agar mutu perkhidmatan ditambah baik.
Namun begitu, dia tetap memberi ‘rate’ hanya 2/10 terhadap premis itu.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen tampil berkongsi pengalaman serupa iaitu menyatakan pernah menerima layanan yang tidak memuaskan di cawangan berbeza.
Tidak kurang juga ada yang berpendapat bahawa jenama ayam gepuk tersebut kini semakin hilang taring dan berada di ambang kejatuhan.
“Aku rasa Pak Gembus tengah down..slowly dah start tutup few branch,” dakwa netizen.
“Tak lama dah Pak Gembus ni, tengah nazak, first branch dia kat Jalan Gombak pun dah tutup padahal tu lah tempat dia mula bertapak kat malaysia ni,” dakwa netizen lain.
“Memang teruk aku pernah kena sidai 1 jam weh sumpah tak lawak,” komen netizen kecewa.
“Set dia je dah mahal, kicap kena add on pula,” komen netizen sinis.
Must-Watch Video