,
Laman Utama

The Power of V BTS; ‘Lepak’ Dengan Jon Batiste, Mesra Bersama Lady Gaga & Olivia Rodrigo

Maliah Surip
05/04/2022
07:25 MYT
Kumpulan terkenal Korea Selatan, BTS tidak saja berhasil mencuri tumpuan dan pujian lewat persembahan mereka dalam Grammy Awards 2022 yang berlangsung di MGM Grand Garden Arena Las Vegas, Amerika Syarikat.
Namun salah seorang anggota BTS yang mempersembahkan hit mereka, Butter iaitu V telah mencuri tumpuan sekaligus menjadikan ‘trafik’ media sosial kecoh melihat beberapa foto dan aksinya bersama pesohor pesohor Hollywood.
V atau nama sebenarnya, Kim Taehyung telah menyebarkan pengaruh dan aura individunya yang cukup besar dalam lapangan muzik dunia.
Pesohor itu telah ‘tertangkap’ menyapa dan berbual mesra dengan pemenang tiga anugerah Grammy iaitu Olivia Rodrigo.
Mereka dilihat berbual mesra dan menurut laporan media antarabangsa, keduanya berbicara mengenai kolaborasi yang mahu dijalin selepas ini.
Malah, aksi Lady Gaga memegang bahu V seperti sudah menjadi sahabat lama juga mencuri tumpuan dalam anugerah tersebut.
Bukan sekadar itu, V ‘mengakhiri power atau pengaruhnya’ terhadap bintang bintang dan pemuzik Hollywood melalui pertemuannya dengan pemenang Album of The Year iaitu Jon Batiste.
V dilihat melepak dengan pemilik Silk Sonic sebagai meraikan kemenangan pemuzik yang menjadi idolanya itu.
Batiste malah teruja dengan pertemuannya bersama V. Dia mencuit di bebenang Twitternya: “Muzik, makanan dan good vibes dengan Kim Taehyung (V).”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Terbuka China: Wei Chong-Kai Wun Tumbangkan Juara Dunia Dari Korea Selatan

gempak
19/09/2024
10:25 MYT
Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun melakar kejutan apabila menumbangkan juara dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di pusingan kedua Terbuka China 2024 pada Khamis.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.