,
Laman Utama

Potongan Ayat Suci Quran Dipaparkan Dalam Kerana Korona Untuk Pengajaran Bersama

Asraf Aided
07/02/2021
05:45 MYT
Filem terbaru arahan Kabir Bhatia, Kerana Korona telah menjengah pawagam di rumah anda menerusi Astro First (saluran 480) sejak 21 Januari lalu.
Seperti sebelumnya, karya pengarah berbakat ini tidak mengecewakan dan terus diminati ramai pencinta filem tanah air.
Melihat pada reaksi ramai penonton di media sosial, filem ini ternyata mempunyai keistimewaan tersendiri dan ianya dapat dinilai daripada pelbagai aspek.
Manakan tidak, tajuk filem sahaja sudah cukup memberitahu kita bahawa jalan ceritanya sangat berkait rapat dengan situasi masyarakat menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.
Tiga cerita yang mempunyai pertalian ditampilkan, terdapat banyak pengajaran yang dapat dihayati daripada filem ini.
Mengukukuhkan lagi penceritaan, terdapat potongan ayat suci Al-Quran daripada surah Al-Insyiraah (Ayat 6) dipaparkan di penghujung cerita.
"Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan"
Potongan ayat ini mengingatkan kita, apa jua masalah atau kesukaran yang dihadapi, sudah tentu terkandung hikmah dan Allah SWT pasti akan mendatangkan kemudahan. Situasi sebeginilah yang dapat disaksikan dalam filem ini.
Kerana Korona menampilkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Rita Rudaini, Rashidi Ishak, Ummi Nazeera, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar dan ramai lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Peraduan

Sewa DESPICABLE ME 4-MOVIE COLLECTION di Astro First dan Berpeluang Untuk Memenangi Hadiah Lego Minion!

gempak
18/09/2024
15:34 MYT
Menang Lego Minion dari DESPICABLE ME 4 sekarang!
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.