,
Viral

Posting IG Tahun 2014 Kena Korek, Netizen Terkejut Ruhainies Selamba Guna Perkataan N****

Gempak
20/03/2024
23:55 MYT
Tidak lepas cungap… Mungkin ungkapan itu tepat menggambarkan situasi pelakon Ruhainies buat masa ini.
Bermula dengan kontroversi ditangkap khalwat bersama dramatis Aliff Aziz yang masih belum menunjukkan tanda-tanda akan reda, Ruhainies kemudian dihenyak pula dengan isu wajahnya yang dipadam pada iklan sebuah jenama suplemen tempatan baru-baru ini.
Tidak cukup menjadi bahan cemuhan netizen dan rakyat Malaysia, netizen sekali lagi membongkar jejak digital Ruhainies.
Menerusi tangkap layar Instagram bertarikh 9 September 2014, Ruhainies memuat naik sekeping foto selfie bersama kakaknya, Risteena dengan kapsyen yang mampu menyinggung perasaan kaum kulit hitam.
Meninjau respons netizen, ramai dalam kalangan pengguna platform X terkesima dengan hantaran berkenaan.
Hal ini kerana, Ruhainies sebelum ini pernah menggunakan perkataan yang sama untuk hantaran di platform media sosialnya.
Untuk rekod, perkataan yang sering disebut sebagai n-word tersebut merupakan perkataan yang mempunyai konotasi negatif.
Istilah dengan konotasi negatif tersebut kerap digunakan oleh warga Amerika Syarikat berketurunan kulit putih pada suatu ketika dahulu terhadap golongan kulit gelap.
Sehingga kini, perkataan tersebut dikategorikan sebagai 'racial slur' oleh masyarakat dunia.
Sumber: Platform X

BERITA TRENDING: Butik Pakaian Muslimah Kaburkan Wajah Marissa Dania? Netizen; "Tak Kecil Hati? Dia Kahwin, Benda…

BERITA TRENDING: "Ruhainies Banyak Berdiam, Kerja Macam Biasa" - Kawan Baik

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Risteena Dedah Terima Mesej Lucah, Siap Sanggup Nak ‘Up’ Lagi Bayaran Demi Nafsu! - “Nak Ajak Video Call, Teman ‘Ehem-Ehem’ Tapi…”

gempak
18/09/2024
01:55 MYT
Pelakon Nur Risteena mendedahkan paparan skrin mesej yang diterima daripada individu di Instagram mengajaknya membuat panggilan video lucah.
Hiburan

Masih Dihentam Netizen, Ruhainies Nak Rasa Gembira & Tenang Tanpa Membenci Sesiapa - “Tak Suka Gaduh Di Public Sebab Saya Nak Tunjuk Contoh Yang Baik”

gempak
09/09/2024
03:25 MYT
Berterusan dihentam oleh netizen biarpun kontroversi melibatkan rumah tangga penyanyi Aliff Aziz sudah berlalu, pelakon Ruhainies bagaimanapun mengambil langkah untuk berdiam diri di laman sosial.
Hiburan

Banyak Platform Media Sosial Diwujudkan Untuk Jatuhkan Ruhainies - “Walaupun Ada Orang Berniat Jahat, At The End Of The Day…”

gempak
05/09/2024
04:55 MYT
Pelakon Ruhainies mendedahkan terdapat beberapa platform laman sosial yang sengaja menyebarkan berita tidak benar untuk menjatuhkannya.
Hiburan

Kongsi ‘Quote’ Dengan Maksud Tersirat, Ruhainies Tujukan Dekat Siapa?

gempak
23/08/2024
03:35 MYT
Pelakon kontroversi, Ruhainies memuat naik mesej yang mempunyai maksud tersirat menerusi platform media sosialnya.
Hiburan

Ruhainies Akui Diri Tak Sempurna, Berdoa Tuhan Pelihara Diri Dari Buka Aib Orang Lain - "Allah Peliharalah Hatiku..."

gempak
19/08/2024
09:55 MYT
Pelakon kontroversi, Ruhainies, berkongsi hantaran berdoa supaya dirinya sentiasa dipelihara daripada membuka aib sesiapa.