,
Laman Utama

PopcornTime: Wajib Tonton! Filem The Suicide Squad Berkemungkinan Filem DC Paling….

Hanafis Haris
18/11/2021
09:49 MYT

Selepas muncul buat pertama kali pada tahun 2016, The Suicide Squad kini hadir dengan filem kedua.

Biarpun tidak mengekal sesetengah watak pada filem pertama, namun The Suicide Squad masih menerima pelbagai pujian dan kritikan positif.

Persoalannya, adakah The Suicide Squad terbaru ini mampu menandingi filem pertama atau sekadar filem ‘tangkap muat’?

Berikut merupakan ulasan Gempak.

Fun To Watch & Sangat Menghiburkan

Secara jujurnya apabila membabitkan filem terbitan DC, penulis agak skeptikal dengan gaya penceritaan yang agak ‘berat’ atau deep.

Namun, The Suicide Squad dilihat sangat berbeza dan paling penting tidak membosankan!

Malah, ia mungkin filem terbitan DC paling menghiburkan bagi penulis.

Daripada awal filem sehinggalah akhir, plot The Suicide Squad sangat jelas, kemas dan menghiburkan.Permulaan filem ini juga tidak memgelirukan dan sangat ‘straight foward’.

Filem ini menceritakan beberapa ‘penjenayah’ yang mempunyai keupayaan luar biasa dipilih untuk menyertai satu kumpulan khas.

Kesemua mereka diberi tugas atau misi untuk menghapuskan satu projek rahsia digelar sebagai Starfish.

Menariknya pasukan ini, kesemua mereka mempunyai pelbagai karakter dah ‘ability’ berbeza-beza, sekali gus menjadikan filem ini agak meriah!

Antara yang ditampilkan kali ini termasuklah Harley Quinn, Bloodsport, Peacemaker, Ratcather 2, King Shark dan Polka-Dot.

Itu antara watak utama kali ini.

Watak Superhero Yang Menarik!

Seperti biasa, Harley Quinn sangat menyerlah dengan gaya psikopat, Bloodsport dan Peacemaker pula padat dengan aksi ‘fighthing’ yang lincah.

Watak Ratcather 2, King Shark dan Polka-Dot pula antara watak yang agak unik bagi pandangan penulis.

Malah, keunikan kuasa yang dimiliki Polka-Dot boleh dikatakan antara paling ‘rare’ pernah ditonjolkan.

Agak mind blowing juga apabila melihat karakter ini!

Padat Dengan Aksi, Hero Pun Rare!

Selain itu, pujian juga harus diberi kepada filem ini kerana menampilkan banyak ‘action sequence’ yang hebat.

Paling menarik adalah ketika pasukan ini cuba menyelamatkan Rick Flag di sebuah kawasan hutan.

Babak aksi tersebut tidak terlalu serius dan sangat menarik kerana menyelitkan banyak ’punchline’ lawak jenaka.

Pun begitu, perlu diingatkan banyak juga aksi mengerikan dalam filem ini.

Ada babak dalam filem ini boleh dikatakan agak ‘gore’ untuk sesetengah penonton. Jadi, bersiap sedialah!

Apapun filem ini sangat sesuai untuk mereka yang sukakan filem superhero yang tidak terlalu ‘heavy’.

Tidak hairanlah The Suicide Squad menerima skor sebanyak 90 peratus oleh laman web oleh Rotten Tomatoes.

Apapun strim The Suicide Squad menerusi On Demand di Ultra Box, Astro GO & HBO GO.

*Percuma untuk pelanggan Pek Movies.

Rating Gempak : 8.5/10

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Lebih Banyak Magis & Pickett! Ini 5 Fakta Menarik Fantastic Beasts: The Secrets of Dumbledore!

gempak
03/06/2022
10:01 MYT
Nantikan aksi lucu Pickett!
Laman Utama

Siapakah Morbius? Ketahui Fakta-Fakta Menarik Tentang Superhero Ini

gempak
27/05/2022
08:03 MYT
Morbius dilakonkan oleh pelakon hebat Jared Leto
Laman Utama

Tom Holland Pernah Rasa Lakonan Teruk? Ini 5 Fakta Menarik Uncharted!

gempak
17/05/2022
12:11 MYT
Sewa & strim sekarang!
Laman Utama

Filem Paling Epik 2022! Betul Ke? Ini 5 Sebab Mengapa The Batman Antara Karya Terhebat Pernah Dihasilkan!

gempak
22/04/2022
07:17 MYT
Anda boleh strim secara On Demand melalui Ultra Box, Astro GO dan HBO GO.
Laman Utama

Bermula Daripada Komik & Pengarah Pernah Kena Reject? Ini Fakta Menarik Francais The Matrix Anda Perlu Tahu!

gempak
06/02/2022
07:51 MYT
Filem baru ni mesti best!