,
Laman Utama

#PopcornTime: Filem Perang Menewaskan Kutipan Avatar, The Admiral: Roaring Currents Wajib Tonton?

Hanafis Haris
05/08/2021
13:20 MYT

Untuk kolum Popcorn Time kali ini, penulis mahu bawakan satu filem perang yang wajib anda tonton iaitu The Admiral: Roaring Currents.

Pernah mencatat kutipan tertinggi di Korea hingga menewaskan Avatar, agak rugi rasanya jika penulis tidak kongsikan kehebatan filem ini.

Jadi apa yang bagusnya The Admiral: Roaring Currents ini?

Secara umumnya, filem ini menceritakan biografi sejarah tentang tokoh ikonik terkenal Korea iaitu Laksamana Yi Sun-shin.

The Admiral: Roaring Currents akan membawa penonton menyusuri babak pertempuran laut bersejarah Myeongnyang atau Battle of Myeongnyang ketika pemerintahan Dinasti Joseon.

Penonton akan saksikan bagaimana tentera di bawah pimpinan Laksamana Yi Sun-shin menentang empayar Jepun.

Biarpun disifatkan cukup berpengalaman dan hebat, namun sebelum pertempuran Laksamana Yi Sun-shin berdepan dengan masalah dalaman iaitu daripada tenteranya sendiri.

Bayangkan ketika itu Korea hanya mempunyai 12 buah kapal perang saja.

Jika dibandingkan dengan jentera Jepun iaitu 330 kapal perang yang jauh lebih besar, ia pastinya menggoyahkan keyakinan tentera Korea untuk menang dalam pertempuran penting tersebut.

Tambah menakutkan, Jepun ketika itu telah dibantu oleh lanun Samurai yang sangat kejam iaitu Kurushima Michifusa (Ryu Seung-ryong).

Lanun ini diangkat sebagai Laksamana Jepun untuk membantu Jepun untuk menghancurkan segala Korea ketika ini.

Jadi bagaimana Laksamana Yi Sun-shin menyakinkan tenteranya? Adakah 12 kapal Korea ini mampu menewaskan jentera gergasi Jepun?

Segala persoalan inilah yang akan memerangkap penonton untuk terus duduk menonton The Admiral: Roaring Currents.

Malah, filem ini terus membawa penonton menyaksikan sendiri kehebatan Laksamana Yi Sun-shin mengatur strategi.

Pastinya ketika ini, ‘adrenaline rush’ anda membuak-buak!

Filem ini juga mengajar kita untuk tidak menyerah kalah, harus bijak mengatur strategi dan jangan sesekali gentar dengan musuh yang jauh lebih ramai dan besar.

Rasa geram, benci dan bengang itu jangan cakaplah, confirm!

Watak Laksamana Yi Sun-shin yang dilakonkan oleh pelakon paling berpengaruh, Choi Min-sik juga menjadikan filem ini sangat sempurna.

Tiada banyak kekurangan yang boleh penulis katakan dalam filem ini, namun jika ada sekali pun mungkin dari segi pacing pada awalnya yang sedikit perlahan.

Malah, mungkin disebabkan ia dihasilkan pada 2014, ada beberapa babak menggunakan kesan khas (CGI) kelihatan sedikit ‘off’, terutama pada efek air laut.

Namun, itu hanya aspek kecil dan mungkin berlaku pada sesetengah penonton saja.

Rating Gempak : 9.5/10

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.